SEBENARNYA HAMPIR SEMUA ORANG TAHU BAGAIMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN.
Ramai yang tanya macamana saya kurus.
Saya jawab tak ada yang pelik. Tanpa ubat kurus, pil, teh atau krim.
Mereka seolah tak percaya. Saya cakap control pemakanan dan sedikit bersenam.
Satu matlamat yang semua manusia yang hidup atau yang sudah mati atau yang akan datang pasti impikan dalam hidup mereka adalah kesihatan.
Tiada manusia yang mahu sakit, betul tak?
Dan..
Setiap manusia tahu untuk sihat ada 2 perkara mereka kena buat iaitu jaga pemakanan dan melakukan aktiviti sihat (banyakkan aktiviti harian) secara konsisten.
Tapi..
Kenapa tidak semua orang kejar dan buat semua tu? Sedangkan mereka punya matlamat yang sama dan tahu itulah caranya!
Kenapa..
Kerana dengan tahu cara atau langkah itu sahaja tidak mencukupi!
Jadi, apakah yang akan buat seseorang itu buat apa yang mereka tahu dan impikan?
Mind set atau Mentaliti.
Ramai orang pandang rendah hal Mentaliti ni, tak nak belajar sebab rasa tak penting. Sebab itu ramai yang lebih sudi membayar kelas ilmu diet dan bersenam tapi tidak belajar bagaimana menguasai minda mereka.
Padahal, ilmu dan kelas workout mereka akan hanya sia sia bila hanya ada ilmu tapi tak praktikan. Kuasa mentalitilah yang memastikan mereka Konsisten.
Contohnya bila mentaliti berkenaan masa dapat di terima secara holistik. Anda tidak akan lagi nak lakukan perubahan drastik yang selalu menggagalkan usaha kalian.
Cuba renung, betul tak cakap saya?
Dan komponen mentaliti ni ada banyak selain memahami bab masa. Hal inilah yang menyebabkan akhirnya saya berjaya turun 65kg walaupun gemuk dari sekolah rendah lagi.
Malah ilmu mentaliti ni saya dah turunkan kepada ramai, dan antara mereka yang berjaya saya tunjuk dibawah
Ini antara yang dah berjaya dengan bimbingan dan pemantauan saya. Group saya tak tekankan diet apa yang kalian nak pilih untuk amalkan.
Tak perlu buat satu senaman yang kalian tak suka pun.
Hanya memberi core kepada kekuatan mental supaya apapun pilihan diet dan aktiviti yang kalian nak buat, dapat kalian buat secara konsisten.
Jika kalian berminat nak sertai saya dan team. Untuk menyelesaikan masalah Obesiti kalian bersama kami. Saya jemput kalian untuk sertai Misi Ubah.
Dapatkan detail misi ubah di - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Ulasan
Catat Ulasan