Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2023

SAHABAT

NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS

  NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS Adoi, ada kena mengena ke ikhlas dengan nak kurus? Baca dan anda akan faham. Hari ni saya nak ulas bab ni. Supaya usaha kalian membuahkan hasil. Supaya kalian mampu keluar dari obesiti sepertimana saya telah berjaya.  Percayalah kalian akan benar benar dapat keluar dari berat badan sekarang ke BMI Normal jika kalian IKHLAS dalam usaha menurunkan berat badan. Ok, jom kita ulas apa maksud ikhlas terlebih dahulu. IKHLAS membawa maksud kita memberi atau melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Kalau kita bagi sedekah, kita tak harap orang tu balas dengan apa apa.  Seperti juga dengan nak kurus. Tugas kalian adalah ikhlas dengan proses penurunan berat badan. Kalian dah tahu asas menurunkan berat badan yakni jaga makan dan aktifkan diri.  Jadi, tugas kalian adalah lakukan perubahan tersebut tanpa mengharapkan keputusannya! Pelikkan? Ya agak pelik tapi ini realiti! Cuba ingat kembali kenapa kalian gagal dalam percubaan terakhir kalian nak kurus? Se

Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita

 Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita Saya pernah percaya saya adalah insan yang ditakdirkan untuk gemuk sepanjang hidup saya, malah saya yakin saya akan gemuk sampai saya mati. Saya yakin ramai yang punya kepercayaan seperti saya. Anda pun sama.  Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi. Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila. Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang palin

Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.

 Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.  Kenapa susah sangat nak turunkan berat badan? Walhal ada jea setiap hari mereka yang berjaya setelah berusaha dalam satu satu tempoh yang tertentu.  Data ini bukanlah cerapan rasmi. Tapi nisbah mereka yang berjaya dengan mereka yang asyik perbaharui azam nak kurus awal tahun sangat ketara. Mungkin seorang yang berjaya nisbah 99 lagi gagal. Saya sendiri ambil masa 20 tahun lebih mencuba dan gagal.  Untuk memahami kenapa proses nak turunkan berat badan susah kalian kena faham dengan mendalam hal ini terlebih dahulu.  Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas.  1. Rasa seronok dan hasilnya buruk 2. Rasa susah dan hasilnya baik RASA SERONOK DAN HASIL BURUK  Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan

7 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG

 9 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG 1. Baju dan seluar dah rasa tak selesa dipakai. Ketat samada masa berdiri atau duduk. Ramai yang mengalami masalah ini tapi penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan mencari baju yang lebih besar. Ini kesilapan utama yang buat mereka lebih selesa dengan tubuh yang besar. 2. Naik tangga tingkat satu pun dah mengah dan tak boleh bercakap sebab kekurangan nafas. Ini satu tanda yang amat merbahaya. Tubuh yang sepatutnya mampu berfungsi dengan baik terjejas kerana berat badan. Beban tubuh, jantung sepatutnya berfungsi secara normal tapi dengan tubuh yang besar kemampuan organ badan menjadi terhad. 3. Berdengkur semasa tidur. Cuba tanya pasangan kalian, kalau kalian dah mula berdengkur ini bermakna kualiti kehidupan kalian makin merosot. Berdengkur merupakan satu tanda kalian mungkin menghadapi masalah tekanan darah tinggi. 4. Selera makan kalian makin besar dan dengan makan sepertimana biasa kalian makan tidak mencukupi. Ini salah satu perubahan y

Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus.

 Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus.  Bagi ramai antara kita, usaha nak turunkan berat badan adalah paling mencabar. Buktinya dah berapa kali kita mencuba, tapi tetap gagal walaupun dah banyak cara, masa dan duit dihabiskan. Ya, kebenarannya ialah nak turunkan berat badan adalah sesuatu yang mencabar.  Dalam penulisan hari ni saya nak imbau pengalaman saya berjaya turun 65kg setelah obes lebih 20 tahun,.bercerita bagaimana saya hadapi cabaran cabaran ini dan moga ia menjadi satu inspirasi buat kalian merealisasikan usaha nak kurus.  Cabaran nombor 1 - Zon Selesa. Cabaran yang ni sangat bahaya. Ramai antara yang obesiti tak sedar pun ini adalah cabaran. Kerana kita merasa selesa dengan keadaan hidup kita sekarang.  Walaupun gemuk, kita tetap rasa kehidupan kita normal seperti orang lain. Baju seluar masih boleh beli, masih boleh berkerja dan berniaga, tak ubah seperti orang lain yang kurus. Jadi kita tak rasa perlu pun nak berusaha turunkan berat badan. Solusi nombor 1

6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN.

 6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. Dalam perkongsian kali ini saya kongsikan 5 perkara yang nampak sangat remeh tapi memberi impak kepada penurunan berat badan, dan fakta ini disokong oleh kajian sains. Jangan terkejut walaupun dikatakan remeh, ramai antara kita tak mampu konsisten untuk mengamalkannya.  Tapi ingin diingatkan, mengamal apa yang saya tulis ini sahaja bukanlah satu kemestian usaha menurunkan berat badan kalian akan tentu berhasil. Tapi 5 perkara ini boleh membantu proses penurunan berat badan.  Untuk melakukan penurunan berat badan dengan cara betul adalah dengan menambah baik kualiti kehidupan kita sekarang. Contohnya mengawal nafsu pemakanan dan digabungkan dengan mengaktifkan diri kalian secara rutin setiap hari.  Jom kita lihat apa 5 perkara yang remeh tapi memberi impak kepada usaha menurunkan berat badan. 1. Minum air Kosong 30 minit sebelum setiap kali makan. - Minum segelas air kosong sebelum makan bukan saja memenuhkan kantung perut dan menja

2 Sebab Paling Besar Gagal Turunkan Berat Badan

 Salah satu tips kejayaan adalah dengan mengetahui punca kegagalan sesuatu usaha. Dengan itu kita mampu bersiap sedia atau lebih tepat menghindari punca kegagalan itu.  Jom semak sama sama dan mungkin kalian boleh elak melakukan kesilapan ini dan gagal sekali lagi. 1. Nak kurus dengan cepat! Ini adalah sebab utama kepada kegagalan usaha penurunan berat badan. Bila seseorang itu berazam nak turunkan berat badan atas faktor kesihatan, kerjaya atau penampilan. Mereka mahu perubahan berlaku dalam masa yang singkat.  Mereka terburu buru nakkan hasil yang membawa kepada cubaan cubaan yang mengarut seperti ambik produk ubat kurus yang viral, beli produk yang dikatakan mampu kuruskan badan dengan cepat, malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk sesi balut tubuh membakar lemak.  Yang akhirnya masa yang sepatutnya mereka singkatan dengan usaha yang betul tersia sia dengan benda mengarut.  2. Manja dan degil! Maaf saya guna ayat ini, tapi teruskan bacaan untuk faham apa sebenarnya maksu

11 KEBAIKAN TELUR UNTUK KESIHATAN TUBUH.

 11 KEBAIKAN TELUR UNTUK KESIHATAN TUBUH. KEBAIKAN MENGAMALKAN TELUR  1. Meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. 2. Mengurangkan risiko serangan jantung. 3. Kandungan telur ada yang sangat bermanfaat untuk kesihatan mata. Bagi mereka yang nak jaga mata kena amalkan telur. 4. Mengurangkan juga risiko tekanan darah tinggi. 5. Mengurangkan risiko strok. 6. Membantu mengawal berat badan. Ya, ia mengenyangkan. Maka dengan memakan telur kita boleh kawal selera makan kita.  7. Ia sumber protein yang lengkap.  8. Ia mengandungi vitamin D yang jarang ada dari sumber makanan lain. Ia menajamkan minda. 9. Ia memuaskan dan mengenyangkan. Telur yang terdiri dari protein membantu perut kenyang lebih lama.  10. Ia murah. Telur adalah sumber protein yang mampu milik. Harganya walaupun ada peningkatan tapi masih dalam lingkungan mampu dibeli dan diamalkan setiap hari.  11. Telur padat dengan pelbagai nutrisi - Selenium Phosphorus Choline Vitamin B12 Perbagai antioxidants Kalori yang kecil dan d

Nak Kurus Jangan Malas

 CARA MELAWAN KEMALASAN DIRI. Dalam misi nak turunkan berat badan sifir antara formula yang wajib kalian terap dalam kehidupan ialah melawan kemalasan. Saya gelarkan #beatthemalas. Dan itulah sebabnya kalian perlu aktifkan diri. Dan aktifkan diri bukanlah bersenam atau jadi atlit semata mata.  Tidak! Walaupun Bersenam adalah cara pembakaran terbaik dan juga baik untuk kesihatan. Tapi aktifkan diri juga adalah melakukan banyak aktiviti mudah seperti berjalan dan mengemas rumah. Jadi saya kongsikan tips dan cara bagaimana saya lakukan untuk mengatasi masalah malas dalam rutin kehidupan saya selama ini. 1. KIRA DARI 5 ( 5 Second Rule by Mel Robbins)   Jika anda ada niat nak buat sesuatu, kira dari 5..4..3..2..1 dan terus buat apa yang anda hajati. Seperti contoh nak ambil fon dari meja, kira dari 5 hingga 1 dan terus bangun dan capai fon anda.  Begitulah seterus dengan niat dan hajat yang lain. Amalkan selama sebulan dgn perkara remeh dahulu. Anda akan dapati impaknya sangat besar! Amalka

12 Nasihat Untuk Mereka Yang Gemuk

 12 Nasihat Untuk Mereka Yang Gemuk 1. Percaya kalian mampu jadi kurus dan keluar dari obesiti. Ramai yang rasa mustahil sebab ada antara kita obes dari kecil. Saya pun ada masalah ni.  2. Jangan selesa dengan tubuh besar walau ada yang cakap kalian nampak cute dan cantik malah ada yang kata nampak sihat.  3. Jangan rasa kalian tak ada masalah kesihatan kerana obesiti adalah punca banyak penyakit berbahaya.  4. Ketahuilah jika kalian sakit kalian bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi orang lain yang kalian sayang.  5. Jangan terkejut tiba tiba buah pinggang kalian gagal berfungsi, kalian tanpa sedar kena strok. Sebab tanda tanda kerosakan disebabkan obesiti tidak ketara.  6. Ubah tabiat makan kalian. Jangan makan sampai puas. Bertambah tambah dan makan apa saja yang kalian nak. Mula dengan kurangkan gula atau susu pekat dalam minuman kalian.  7. Jangan buat diet tertentu contohnya atkins, keto atau suku suku separuh tapi ubah tabiat makan. Makan dengan sederhana dan buat secara perl

11 TABIAT BURUK RAKYAT MALAYSIA YANG MENGGEMUKKAN

 11 TABIAT BURUK YANG MENGGEMUKKAN No 11 paling deep dan benar! 1. Bertambah tambah makan. Kiranya kita makan sampai puas. Bukan makan untuk keperluan tubuh. Ini sangat merbahaya dan ini tabiat paling menentukan berat badan kalian. 2. Suka makan kuah berlebihan. Yang mana suka kuah banjir dalam nasi kena beringat. Kebanyakkan kalori padat berada dalam kuah. Contoh ayam masak pedas, kuahnya banyak gula dan minyak.  3. Suka minum air manis yang viral. Apa saja yang viral nak dicuba. Setiap kali kepasaraya mesti beli. Contohnya boba milk tea. Kalori bagi satu gelas dah mencecah 600-800 kalori.  4. Ambil air manis sebagai pelengkap makanan. Ini tabiat ramai individu kat Malaysia. Biasanya berlaku di kedai makan atau restoran. Kita order makanan dan wajib sekali order air manis. Dah jadi macam wajib. Contohnya Nasi goreng kampung dengan teh tarik. Walhal kita just nak minum. Jadi air kosong pun sudah memadai.  5. Kurang minum air kosong. Air kosong yang mencukupi penting untuk tubuh kita. I

Weight loss Game Yang Complicated

Weightloss! It's a Mental game! Sebab tu siapa yang follow saya tahu, bagi saya tiada diet tertentu sahaja yang betul dalam usaha nak turunkan berat badan.  Dan sebab tu saya tak fokus sangat kalian nak pilih buat diet apa. Yang penting adalah bagaimana kalian nak main game turunkan berat badan ni.  Mempunyai cara fikir yang betul adalah kunci memiliki kekuatan mental. Kerana dengan mengetahui selok belok mainan barulah kita mahir mengatur strategi.  Hari ni saya tak nak ulas bab pemahaman Cara fikir yang betul untuk turunkan berat badan. Sebab hal tu saya ada buat video penerangan Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan yang boleh di akses dalam Program Misi Ubah   Hari ni saya nak kongsi 5 Amalan yang dapat menguatkan mentaliti kalian. Hal ini sangat penting kerana disamping mengetahui selok belok mentaliti, menyediakan mentaliti yang kuat juga faktor kalian akan berjaya.  5 Amalan Kuatkan Mentaliti  1 . Buang gula putih dalam minuman kalian. Ya, perdebatan gula boleh ambil dan ta

6 Prinsip Asas Turunkan Berat Badan

 Proses nak turunkan berat badan adalah satu proses yang sangat mencabar. Saya yakin kalian pun setuju dengan kenyataan ini.  Bukan sekali dua kita mencuba, malah ada yang beratus kali niat nak kurus tapi tak  pernah jadi kenyataan. Malah ada yang berhabis duit banyak untuk kelengkapan dan persediaan seperti beli alatan senaman dan ubat kurus. Ya, ia tak semudah nak, buat dan dapat. Tapi dalam kita rasa susah dah ramai induvidu yang berjaya dalam usaha mereka keluar dari obesiti. Antaranya saya yang gemuk sedari tadika dan berjaya turunkan berat badan hanya semasa umur 36 tahun.  6 Asas Prinsip Turunkan Berat Badan 9 Asas ini terbina dari pengalaman saya berjaya turun 65kg dan pengalaman saya bimbing beratus induvidu keluar dari masalah obesiti.  1. Kenapa Nak Berubah Sangat Penting.  Manusia hanya akan Bertindak, Jika Kesakitan Terlalu Besar - Hakikat kita, selagi obesiti itu dapat ditanggung oleh kita, kita akan rasa selesa walaupun sebenarnya kita dah rasa kekurangan kualiti kehidup

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama