Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

10 Tips Atasi Lapar

 10 TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG. 

Tips Kawal Lapar



Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa.

Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan.

Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg.

Saya masa gemuk pada pagi raya.



Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 70kg.





Ianya adalah hasil dari kejayaan saya mengubah pemakanan saya. Dari makan bertambah, makan banyak, makan ikut suka masa dan makan semua apa yang saya nak.

Hari ini saya nak kongsikan 9 tips atasi lapar berdasarkan pengalaman saya turun 70kg. moga penulisan ini membantu kalian.

Bagaimana saya atasi masalah lapar ni?



1. Minimumkan karbohidrat dalam setiap hidangan. - Kalau masa gemuk, nasilah paling banyak, snacking pun dengan kuih atau makan desserts, saya kawal dengan hadkan pengambilan karbohidrat.

Contoh menu makanan saya - kawal pengambilan karbohidrat dan banyakkan sayuran


2. Ambil banyak fiber/sayuran dalam hidangan. - Fiber akan memenuhkan dan melambatkan pencernaan makanan, ini membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama.

Saya suka nikmati Kopi Kosong



3. Minum kopi kosong, teh hijau atau apple cider vinegar antara hidangan. - Kajian mendapati minuman ini boleh meningkatkan hormon yang membuatkan perut berasa kenyang.

4. Banyakkan minum air kosong. - bila saya rasa lapar, saya minum segelas air kosong dulu. Memang ada kajian yang menyatakan, kebanyakkan rasa lapar sebenarnya adalah haus semata. Tapi tabiat kita yang suka makan menyebabkan kita terus makan dan makan.

5. Tidur kena cukup. - ini sangat penting. Tidur akan membantu penghasilan hormon yang menyebabkan kita berasa kenyang. Dan kekurangan kualiti tidur akan menghasilkan hormon craving nak makan dengan banyak dan sentiasa lapar.

saya mula aktifkan diri



6. Kawal stress dengan bijak. - masalah tak akan pernah habis. Jadi ambil masa dan layani masalah dengan tenang, jika stress hormon yang menyebabkan kita rasa nak makan akan terhasil. Sebab tu ramai bila stress mereka rasa makan dapat menjadi terapi. Padahal, ianya lebih menambah stress bila tubuh makan besar dan besar. Salah satu tips atasi stress yang amat baik ialah berpeluh dengan aktiviti bersenam ataupun aktiviti lain.

7. Buat jadual masa makan. - biasakan tubuh dengan makan pada masa yang sama setiap hari. Dengan melakukan jadual ia akan memberi tubuh satu keadaan 'terbiasa'.

8. Tanya dan jawab soalan penting sebelum makan. Adakah rasa nak makan ni nafsu atau kehendak? Dan yang penting jawab dengan jujur. Kalau ianya nafsu semata mata, saja nak makan jajan, kacang atau dessert, cuba pujuk diri untuk tahan.

9. Sibukkan diri dengan perkara lain. Isi masa terluang dengan aktiviti baru yang dapat mengalih fikiran kalian hanya kepada makan. Cuba bertukang, alih perabot atau beraktiviti dengan anak anak dirumah. Yang penting isi masa terluang dengan sesuatu yang bermanfaat, layan movie atau siri pun boleh.

8 Kebaikan Intermittent Fasting



10. Berpuasa atau amalkan Intermittent Fasting. kebaikan berpuasa sangat banyak, ianya adalah salah satu sunnah nabi Muhammad. Malah ada bukti kajian sains pun tentang kebaikan berpuasa. Saya dapati Puasa atau IF mampu mendisiplinkan saya untuk kawal nafsu makan.


10 Tips inilah yang saya gunakan dalam mengemudi peserta misi ubah dalam mengubah tabiat pemakanan mereka. Sebab tu ada antara peserta misi ubah berjaya hilang 30kg dalam masa 9 bulan. Kerana ia dah bertukar jadi tabiat pemakanan yang baik seperti amin.

Kejayaan Amin Kawal Pemakanan membuatkan dia mampu turun 30kg

Saya nak jemput kalian yang ingin bimbingan saya dan team Misi Ubah untuk realisasikan azam kalian yang bertangguh sekian lama. Jom kita buat sama sama.


















Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam