12 Nasihat Untuk Mereka Yang Gemuk
1. Percaya kalian mampu jadi kurus dan keluar dari obesiti. Ramai yang rasa mustahil sebab ada antara kita obes dari kecil. Saya pun ada masalah ni.
2. Jangan selesa dengan tubuh besar walau ada yang cakap kalian nampak cute dan cantik malah ada yang kata nampak sihat.
3. Jangan rasa kalian tak ada masalah kesihatan kerana obesiti adalah punca banyak penyakit berbahaya.
4. Ketahuilah jika kalian sakit kalian bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi orang lain yang kalian sayang.
5. Jangan terkejut tiba tiba buah pinggang kalian gagal berfungsi, kalian tanpa sedar kena strok. Sebab tanda tanda kerosakan disebabkan obesiti tidak ketara.
6. Ubah tabiat makan kalian. Jangan makan sampai puas. Bertambah tambah dan makan apa saja yang kalian nak. Mula dengan kurangkan gula atau susu pekat dalam minuman kalian.
7. Jangan buat diet tertentu contohnya atkins, keto atau suku suku separuh tapi ubah tabiat makan. Makan dengan sederhana dan buat secara perlahan-lahan
8. Jangan ikut sangat kemalasan diri, buat aktiviti. Bukan nak jadi ahli sukan tapi biarkan tubuh bergerak. Mulakan secara perlahan, boleh mulakan dengan 5000 langkah sehari.
9. Tidur awal dan bangun awal. Satu perkara yang amat membantu proses penurunan berat badan. Kerana untuk keluar dari Obesiti ianya adalah 100% kekuatan Mentaliti untuk menguasai keputusan yang tepat untuk perbaiki pemakanan dan aktiviti
10. Ambik gambar penuh kalian sekarang. Pelbagaikan posisi. Kerana satu hari nanti bila kalian dah berjaya kalian boleh tunjuk kat facebook supaya lebih ramai terinspirasi dan mula buat penurunan berat badan kerana perkongsian kalian.
11. Jangan diet sebab nak kurus tapi buat sebab nak sihat. Dapat sihat insya-Allah automatik dapat kurus.
12. Jika nak bermula bersenam, jangan fikir apa pandangan orang pada kalian. Lupakan jelingan dan kata kata sinis yang tidak kedengaran. Biasanya ia hanya bisikan sendiri sahaja. Buat sesuatu dari rumah dulu contohnya jump rope.
Anda dah cuba macam-macam tapi gagal. Raya tahun depan nak beraya dengan tubuh baru. Jom saya dan team bantu kalian.
Klik untuk detail bagaimana saya boleh bantu kalian di - MISI UBAH
Ulasan
Catat Ulasan