Salah satu tips kejayaan adalah dengan mengetahui punca kegagalan sesuatu usaha. Dengan itu kita mampu bersiap sedia atau lebih tepat menghindari punca kegagalan itu.
Jom semak sama sama dan mungkin kalian boleh elak melakukan kesilapan ini dan gagal sekali lagi.
1. Nak kurus dengan cepat! Ini adalah sebab utama kepada kegagalan usaha penurunan berat badan. Bila seseorang itu berazam nak turunkan berat badan atas faktor kesihatan, kerjaya atau penampilan. Mereka mahu perubahan berlaku dalam masa yang singkat.
Mereka terburu buru nakkan hasil yang membawa kepada cubaan cubaan yang mengarut seperti ambik produk ubat kurus yang viral, beli produk yang dikatakan mampu kuruskan badan dengan cepat, malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk sesi balut tubuh membakar lemak.
Yang akhirnya masa yang sepatutnya mereka singkatan dengan usaha yang betul tersia sia dengan benda mengarut.
2. Manja dan degil! Maaf saya guna ayat ini, tapi teruskan bacaan untuk faham apa sebenarnya maksud saya.
Sebenarnya kalian yang obesiti, jauh disudut minda dan hati kalian tahu setiap apa yang kalian harus lakukan untuk turunkan berat badan.
Bisikan seperti, aku dah kena mula jaga makan, aku dah kena pilih pemakanan yang baik, aku dah kena mula bersenam sentiasa kuat kedengaran walaupun tidak ada bunyi yang nyata. Suara kesedaran kalian sentiasa berbisik, kalian sepatutnya buat itu buat ini untuk keluar dari masalah obesiti kalian. Betul tak?
Hampir setiap masa, setidaknya setiap kali kalian tengok cermin atau ketika pilih baju yang agak longgar. Tapi kalian abaikan dan sentiasa larikan fokus kepada hal lain. Diri kalian yang sebenar telah banyak kali berikan petanda untuk kalian berubah, tapi diri kalian jugalah yang abaikan signal itu. Sebab apa?
Ianya disebabkan fitrah manusia itu sendiri. Kita akan lebih memilih sesuatu yang mudah dan senang berbanding sesuatu yang susah dan memenatkan. Ya, otak kita dicipta begitu, ia akan melindungi kita dari hal hal yang susah dan memenatkan.
Jadi disebabkan itulah kita tidak berubah. Kerana kita pilih makan mengikut nafsu dari menahan nafsu. Kita pilih santai depan phone atau televisyen dari berlari atau bersenam. Kerana pilihan yang mudah itu lebih memberi keselesaan pada diri kita.
Atasilah segala halangan diatas dengan menguasai keputusan dan yang paling penting iaitu bertindak. Setiap bisikan yang hadir itu kalian kena paksa lakukannya. Tiada jalan lain untuk berjaya. Percayalah, lebih lama kalian abaikan bisikan itu tanpa tindakan, kalian akan semakin membinasakan diri kalian dengan risiko risiko obesiti.
Tiada kejayaan penurunan berat badan jika kalian nak ianya mudah dan senang. Terimalah hakikat ini secepat mungkin dan kuatlah menghadapi cabaran dan dugaannya. Kerana pastinya jika kalian manja, kalian tidak akan berjaya.
Inilah 2 sebab paling besar seseorang itu gagal dalam usahanya nak kurus. Mereka gagal faham keperluan sebenar usaha nak turunkan berat badan. Mentaliti mereka salah yang menyebabkan keputusan mereka salah.
Sebab itulah saya kenalkan Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan. Satu Perkongsian Method bagaimana saya yang gagal hampir 30 tahun nak kurus akhirnya dapat Berat Badan Normal.
Ulasan
Catat Ulasan