Apa Yang Diperlukan Untuk Berubah
Dari Obesiti ke BMI Normal.
3 Elemen Penting Kejayaan Turunkan Berat Badan
1. MASA.
Ya, ini sangat penting. Bila kita faham berkenaan masa ianya akan jadi mudah. Bayangkan dalam kes saya, obesiti dari kecil. Maksudnya saya obesiti hampir 30tahun. Dan saya ambil masa setahun.
SETAHUN!! Ramai yang kecewakan. Kalau jenis yang kecewa dengar setahun ni percayalah, cubaan anda pasti gagal andai anda nak CEPAT.
Solusi - Jangan NAK CEPAT! itu jea. Tanam usaha kalian ni akan makan masa yang panjang. Setahun paling tidak. Tapi janganlah letak nak kurus sebulan atau seminggu. Tolong yer. Nekad hari ni kalian akan teruskan usaha dalam masa setahun paling minima, terus aim satu tahun Minima.
2. CARA KEFAHAMAN.
Selama saya obesiti, bukan saya tak pernah cuba turunkan berat badan, bukan sekali! Bila tgk cermin niat nak kurus tu ada. Tapi bila BERMULA, saya MULAKAN dengan SALAH.
Kesilapan yang sering saya buat ialah menyangka kena buat diet tertentu untuk kurus, kena ambil ubat kurus, wajib ambil suplemen mahal, kena bersenam untuk kurus.
Solusi - Berdasarkan pengalaman saya turun 65kg kejayaan turunkan berat badan tidak bergantung kapada apa yang saya tulis diatas. Ilmu Asas yang menyebabkan saya dapat transisikan tubuh dari obesiti ke bmi normal ialah Prinsip Tambah Baik.
Apa yang perlu di Tambah baik untuk turunkan berat badan?
1. Ubah pemakanan. Makan seperti biasa tapi separuhkan portion. Kalau bertambah selama ni, jangan tambah. Ya, baiki dulu cara makan kalian. Bukan terus berjogging atau ke gym. Buat yang ni dalam masa sebulan. Tengok dulu berapa kg yang hilang.
Saranan Tambah Baik Pemakanan
- kurangkan pengambilan air manis
- jangan bertambah nasi
- lebihkan pengambilan sayuran dan lauk
2. Lepas tu barulah masukkan aktiviti senaman. Tapi jangan juga terus berjogging 3km. Berjalan satu km pun memadai. Kalau lebih mudah baiki langkah kalian. Buat minima 5000 langkah permulaan setiap hari. Dan cuba tambah bilangan langkah sikit demi sedikit.
PENGORBANAN.
Banyak pengorbanan bila anda pilih perjalanan ini. Anda akan langgar semua kebiasaan rutin kalian. Rutin yang membuat kalian semakin besar dan besar perlu ditukar dengan rutin baru.
Bukan saja itu, pengorbanan MASA untuk mendapat hasil, malah pengorbanan wang ringgit untuk ILMU supaya kita tahu apa yang kita lakukan akan berhasil.
Solusi - bersedia! Jangka terus kesusahan dan cabaran yang bakal berlaku dengan tindakan kalian mengubah tabiat. Kerana bila kita bersedia,kita akan tahu apa yang perlu dilakukan.
Antara cabaran paling besar setiap hari yang memerlukan PENGORBANAN ialah
1. Makan, kalian akan terasa nak makan seperti kebiasaan. Malah kalau ada lauk kegemaran cabarannya pasti lebih besar. Jadi bersedia untuk korbankan nafsu dan rasa nak puaskan selera kalian. Kena tanamkan setiap hari yang kalian perlu korbankan sedap dan puas.
2. Malas, ya ini akan kalian hadapi setiap hari. Malas. Nak berjalan ambik air, ambik remote pun malas. Jangka hal ni dan cuba tanam dalam fikiran kalian nak berubah. Jadi solusinya korbankan keselesaan diri. Nak berubah kearah kebaikan adatnya memang amat menyusahkan.
Moga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi pencerahan kepada permulaan kalian untuk turunkan berat badan kalian. Semoga berjaya atasi cubaan dan dugaan dalam usaha ini.
Saya nak jemput kalian yang ada disini untuk bersama saya dalam Journey kalian nak dapat berat badan normal. Kalau selama ini kalian dah buat macam macam tapi gagal, saya ingin bantu kalian dengan menyediakan perkongsian pengalaman dan group support.Alhamdulillah selama 3 tahun saya bina circle misi ubah dah ramai dapat manfaat dan keluar dari masalah obesiti, antaranya :-
Setuju! Saya telah berjaya turunkan berat badan 20kg hanya dalam tempoh 2 bulan sahaja. Walau pun cabarannya sangat tinggi dan menuntut pengorbanan yang bukan kepalang namun dengan disiplin, tekad dan keazaman ia bukan lah sesuatu yang mustahil dilakukan. Mulakan dengan menjaga pemakanan.
BalasPadamAlhamdulillah. tahniah tuan! teruskan konsosten
Padamtahniah tuan! teruskan konsisten
BalasPadam