3 PENUNJUK ARAS USAHA KALIAN NAK TURUNKAN BERAT BADAN AKAN BERJAYA ADALAH
1. Kalian lakukan perkara yang kalian tak suka.
Ya, ini satu tanda yang sangat bagus. Ianya menunjukkan kalian sudah mampu keluar dari zon selesa kalian.
Sudah arif memilih sesuatu yang baik walaupun ianya susah. Bersenam, aktifkan diri, kawal pemakanan, satu perkara yang amat susah nak di bentuk sebab secara semulajadi kita lebih suka bermalasan dan makan banyak.
Malah orang orang yang berjaya ada satu motto yang tak masuk akal tapi keberkesanan amat tinggi - SEEK DISCOMFORT! Mereka yang berjaya memang sengaja cari ketidakselesaan!
Jika kalian dah ada di tahap ini, kejayaan dah hampir dengan kalian. Teruskan terjah apa pun rintangan, InsyaAllah ianya akan berhasil tak lama lagi.
2. Pemahaman kalian tentang masa dah berubah. Kalau dulu kalian nak semuanya cepat berhasil, ada yang nak berubah dalam masa sehari. Sekarang kalian dah tak hirau tentang bila saat kejayaan akan berlaku.
Kalian dah menerima keadaan ini sebagai cara hidup, dan bukannya satu perancangan jangka masa pendek semata mata. Bila kalian dah tak fikir bila masanya, InsyaAllah kejayaan akan pasti jadi milik kalian.
3. Menghargai dan bersyukur yang banyak dan mula jauhi sikap merungut. Ya, ini satu hal yang sebenarnya ramai tak sedar. Dalam perjalanan nak turunkan berat badan kita bukan saja dapat perubahan bentuk badan, tapi lebih pada itu perubahan positif cara pemikiran.
Jika dulu turun 1kg sebulan dianggap kegagalan terbesar, sekarang hilang 1kg dalam masa sebulan adalah satu kesyukuran yang amat besar. Ini kerana kalian sudah matang dan fasih dalam mengenal tubuh badan dan minda kalian.
3 tanda tanda ini jika kalian miliki, senyumlah dan berbahagialah. Ianya satu tanda kebaikan dalam kehidupan. Kalian bukan saja akan berjaya turunkan berat badan malah segala apa yang kalian inginkan dalam kehidupan juga pasti akan kalian kecapi dengan berbekal 3 asas diatas.
Jika kalian belum memiliki 3 asas diatas, berusahalah memahami cara yang betul untuk menguasai Mentaliti kejayaan. Mentaliti yang bakal mengubah 100% cara fikir yang akan membawa kalian kepada kejayaan.
Bab inilah apa yang saya ulaskan dalam video MENTALITI TURUNKAN BERAT BADAN, bagaimana menguasai dan mengenalpasti cara mengawal kefahaman minda untuk berjaya.
Nak akses kepada video penerangan ini dan circle bimbingan selama minima 12 bulan, boleh dapatkan dengan menyertai Misi Ubah.
Ulasan
Catat Ulasan