Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

7 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG

 9 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG




1. Baju dan seluar dah rasa tak selesa dipakai. Ketat samada masa berdiri atau duduk. Ramai yang mengalami masalah ini tapi penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan mencari baju yang lebih besar. Ini kesilapan utama yang buat mereka lebih selesa dengan tubuh yang besar.

2. Naik tangga tingkat satu pun dah mengah dan tak boleh bercakap sebab kekurangan nafas. Ini satu tanda yang amat merbahaya. Tubuh yang sepatutnya mampu berfungsi dengan baik terjejas kerana berat badan. Beban tubuh, jantung sepatutnya berfungsi secara normal tapi dengan tubuh yang besar kemampuan organ badan menjadi terhad.

3. Berdengkur semasa tidur. Cuba tanya pasangan kalian, kalau kalian dah mula berdengkur ini bermakna kualiti kehidupan kalian makin merosot. Berdengkur merupakan satu tanda kalian mungkin menghadapi masalah tekanan darah tinggi.

4. Selera makan kalian makin besar dan dengan makan sepertimana biasa kalian makan tidak mencukupi. Ini salah satu perubahan yang sukar nak dikesan. Tapi cuba semak sejujurnya, kalau setiap kali makan kalian makan sehinggakan perut terlampau kenyang, beringatlah. Tabiat ini paling cepat akan membesarkan kalian dan menganggu kadar kesihatan kalian.

5. Malas nak bergerak. Jika nak ambil remote yang ada depan mata, hanya perlu bangun sedikit saja pun masih panggil anak atau isteri. Nak minum air, nak berjalan dah jadi satu beban. Tolonglah berubah. Demi kebaikan kalian juga.

6. Mudah stress dan jadi pemarah. Jika kalian dapati kalian mudah marah anak anak, semak tubuh kalian. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dengan memiliki tubuh yang besar, secara automatik sistem tubuh diberi satu tekanan besar untuk beroperasi secara normal. Jantung kena berkerja berkali ganda, ini akan menyebabkan kalian stress secara langsung.

7. Kadar kesihatan menurun. Kepala mula sakit setiap hari, sakit belakang, pinggang, tumit antara tanda awal berat kalian menganggu sistem tubuh berfungsi secara normal.

8. Jarak Hubungan Intim suami isteri terlalu jauh, mungkin seminggu sekali pun tak. Ini tanda tubuh kalian ada masalah hormon. Sebenarnya ia sangat bahaya bukan sahaja kepada kesihatan tapi hubungan rumah tangga itu sendiri.

9. Duduk Tahiyat akhir semakin susah dan kaki rasa nak kejang. Dari cuba baiki diri untuk beribadah dengan sempurna, kalian selesakan dengan duduk tahiyat bukan cara sunnah. Padahal ianya satu kerugian. berusahalah berubah untuk beribadah secara sempurna.

Ini antara sedikit dari banyak tanda yang saya alami sendiri semasa saya bertubuh besar. Dan saya yakin ramai antara kalian juga hadapi perkara yang sama.

Jika kalian ada 1 atau beberapa tanda diatas. Ianya merupakan signal tepat kalian kena berubah. Lakukan perubahan kecil kepada rutin kalian dan pastikan kalian istiqamah.

Kerana masa yang terbaik untuk berubah adalah setahun yang lepas tapi ia dah berlalu. Masa yang paling baik adalah sekarang, hari ini. Berubahlah demi kebaikan kalian dan mereka yang kalian sayang.

Jika kalian dah cuba berubah menggunakan perbagai cara tapi gagal, dah berazam setiap tahun, juga gagal. saya nak sarankan kalian join circle saya di Misi Ubah. Disini saya akan bimbing kalian untuk berusaha konsisten selama 12 bulan untuk turunkan berat badan.

Bayangkan kalau sebulan kalian boleh turunkan 3kg. Setahun kalian akan dapat penurunan 36kg. Jom Buat Sama Sama di Misi Ubah. Klik Disini Untuk Detail - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula




 9 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...