DAH JAGA MAKAN, DAH BERSENAM TAPI BERAT TAK TURUN. MANA SILAPNYA?
Hari ni saya nak kongsi satu cerita seorang individu yang saya coach secara personal. Kes dia amat menarik pada bulan pertama. Dia hantar setiap gambar pemakanan dia dan video aktiviti. Maksudnya dari laporan harian, dia buat semua apa yang saya minta.
Tapi cukup sebulan berat beliau tidak langsung berkurangan. Saya pelik dan dia lagi kepelikan. Nada putus asa dah berbunyi. Mana silapnya dan adakah memang beliau ditakdirkan untuk besar selamanya.
Saya melalui laporan yang dihantar beliau, menjangka setidak tidaknya beliau akan kurang dalam 2kg. Tapi ianya tak berlaku. Akhirnya setelah bercakap dan buat sedikit penyelidikan saya dapat tahu puncanya dan alhamdulillah dia mula berubah. Selepas ubah apa yang dibincangkan, alhamdulillah beliau turun 2.4kg pada bulan September baru baru ni.
Sebenarnya dalam hal penurunan berat badan kita berurusan dengan tubuh kita yang sangat kompleks.
Tubuh berfungsi dengan mekanisma tersendiri. Inilah yang menyebabkan tubuh selalu bertindak bertentangan dengan kehendak tuan tubuh itu sendiri.
Sebenarnya apa yang menyebabkan beratnya tak turun? Dan dia ubah apa untuk dapat penurunan berat badan tu?
Jom saya kongsikan. Teruskan bacaan dengan tenang.
Sebenarnya pada awal tahun ni dia baru buka satu perniagaan, setelah berkerja selama hampir 20 tahun dia berhenti kerja dan mula berniaga. Semua simpanan dia laburkan dalam perniagaan barunya. Tak sampai 2 bulan beroperasi masalah melanda, dan perniagaan impiannya menerima impak yang sangat besar. Dia mula stress dan menerima tekanan hidup yang tinggi. Banyak yang perlu dia fikirkan demi kelangsungan hidupnya.
TEKANAN ATAU STRESS ADALAH MUSUH PALING UTAMA BAGI USAHA NAK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.
Stress adalah satu tindak balas tubuh bila kita mengalami satu situasi kecemasan. Apa yang berlaku bila kita tiba tiba jumpa situasi stress? Sebagai contoh kita berdepan dengan anjing yang nak terkam kita.
Tubuh akan mula mengeluarkan hormon kortisol. Hormon ini akan menyebabkan tekanan darah kalian meningkat supaya kalian bertambah fokus untuk keluar dari situasi tersebut. Hormon Kortisol dan beberapa hormon lain akan meningkatkan kadar metabolisma tubuh, supaya tubuh dapat menukar lemak kepada tenaga dengan lebih cepat. Ya lah, kita perlu lari dari anjing tersebut dan kita perlukan tenaga yang banyak.
Tapi dalam kebanyakkan situasi kita stress, anjing tidak terlibat pun. Kita stress dengan keadaan kehidupan kita, perniagaan, simpanan, orang yang kita sayang dan pelbagai situasi lain yang tak memerlukan kita menggunakan tenaga untuk lari pun.
Jadi hormon kortisol yang dikeluarkan oleh badan tidak memenuhi tugasnya. Maka lemak lemak yang sepatutnya kita gunakan dalam keadaan stress tadi tersimpan di tengah badan kita iaitu perut. Malah paling sedih, kehadiran hormon kortisol yang sepatutnya membantu kita dalam keadaan kecemasan tadi telah kita gunakan untuk makan, kehadiran hormon kortisol akan membuat kita cenderung untuk makan lebih banyak dan memilih makanan yang menyenangkan (tidak sihat).
Sebenarnya inilah yang STRESS lakukan pada tubuh sesorang yang cuba untuk turunkan berat badan. Ianya cuba selamatkan kita sebenarnya tapi disebabkan stress yang kita hadapi bukanlah stress fizikal maka lemak lemak itu berkumpul dan tidak digunakan. Inilah sebab sesorang tu susah nak turunkan berat badan.
Jadi apa yang saya boleh kongsikan hari ni adalah 6 tips yang terbukti berkesan menghadapi stress malah ada kajian kajian saintifik yang membuktikan tips tips ini.
1. Solat dan berzikir serta berdoa moga segala urusan dipermudahkan.
2. Lihat perkara yang sepatutnya kalian syukuri seperti kesihatan, anak anak dan pasangan yang memahami.
3. Bersedekah. Ini satu latihan supaya kita sedar, dalam kita mengharungi cabaran kehidupan, ada mereka yang lebih memerlukan daripada kiya.
4. Bersenam supaya kita dapat merangsang hormon yang boleh mengurangkan stress.
5. Tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap hari
6. Berkomuniti dengan komuniti, kawan atau paling bagus induvidu yang memahami perjuangan kalian nak turunkan berat badan. Saya syorkan join circle saya dimana saya kumpulkan induvidu yang nak turunkan berat badan dalam satu group. Detail boleh klik - Circle Misi Ubah
Saya tulis secara ringkas sahaja tips diatas. Moga kalian faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.
Moga berjaya dalam usaha kalian nak turunkan berat badan.
Ulasan
Catat Ulasan