DIABETES: IBU KEPADA SEGALA PENYAKIT MERBAHAYA.
Di Malaysia pada tahun 2019, statistik penghidap penyakit Diabetes atau Kencing Manis adalah seramai 2.5 juta orang. Ia satu trend yang meningkat secara mendadak. Dan antara sebab utama hal ini adalah pengambilan gula putih secara berlebihan setiap hari.
Apakah punca berlakunya kencing manis?
Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:
1. Berlebihan BERAT BADAN atau KEGEMUKAN.
2. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
3. Pemakanan - pengambilan makanan yang tidak sihat dan makan secara berlebihan
4. Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
5. Peningkatan umur.
Tanda tanda awal Penyakit Kencing Manis.
1. Kerap rasa dahaga dan kerap buang air kecil - hal ini berlaku kerana lebihan glukosa (gula yang diproses oleh tubuh) membuatkan buah pinggang berkerja dengan kuat untuk memprosesnya. Bila kalian kerap kencing, maka logiklah kalian juga akan rasa dahaga.
2. Berat Badan Menyusut dengan Drastik - Walaupun impian ramai orang nak turunkan berat badan tapi mencapai berat badan idaman dengan kaedah ini sangat merbahaya. Kenapa tubuh hilang berat secara drastik? Ini disebabkan fungsi keupayaan tubuh untuk memecahkan glukosa sebagai tenaga sudah rosak. Maka tubuh terpaksa menggunakan otot dan lemak yang tersimpan sebagai tenaga. Sebab itulah mereka yang menghidap diabetes boleh kehilangan berat badan secara drastik.
3. Penglihatan terjejas - kandungan gula yang tinggi juga menganggu sistem penglihatan. Mata akan semakin kabur dan jika dibiarkan akan menyebabkan buta.
4. Sering Kebas pada kaki dan tangan - ini disebabkan kerosakan saraf atau pembuluh darah. Darah yang sepatutnya sampai ke kaki dan tangan mengalami masalah menyebabkan kaki dan tangan berasa kebas, bersemut atau bengkak.
5. Luka lambat sembuh - ini berkait dengan faktor ke empat diatas. Bila saluran darah rosak, nutrisi yang dibawa oleh darah tidak dapat disalurkan ke tempat luka dan akan menyebabkan luka pesakit diabetes susah nak sembuh, malah risiko jangkitan kuman ditempat luka menyukarkan lagi proses penyembuhan dan bila ini berlarutan, maka tempat luka tadi perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman tersebar ke tempat lain.
Malah, Kira-kira tiga hingga lima peratus penghidap diabetes mengalami luka serius pada anggota badan dilaporkan meninggal dunia.
Jika kalian punya salah satu tanda tanda diatas, masih belum terlambat untuk berubah. Apa yang kalian boleh lakukan adalah.
1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat ringkas.
2. Mula jaga portion pemakanan.
3. Makan makanan yang lebih sihat dari apa yang kalian tengah amalkan sekarang.
4. Mula aktifkan diri secara perlahan-lahan, berjalan 5 ribu langkah sebagai permulaan dan naikkan bilangan secara sikit demi sedikit. Atau mungkin boleh cuba aktiviti jumprope. Ia mudah dan ringkas. Buat dalam rumah pun boleh - https://shp.ee/mvfxyyx?smtt=0.0.9
5. Yang paling penting adalah mendapatkan rawatan awal di hospital atau klinik dan pastikan kalian mengikuti nasihat doctor.
6. Makan ubat yang dibekalkan oleh doctor, jangan ikut kepala dan mitos diluar sana yang menyatakan pengambilan ubat kencing manis akan merosakkan buah pinggang. Sebenarnya buah pinggang pesakit kencing manis rosak adalah disebabkan penyakit Diabetes itu sendiri.
7. Berpuasa. Ramai individu yang menghidap penyakit kencing manis telah berjaya mengawal kadar gula dalam darah melalui kaedah ini dan digabungkan dengan perkara diatas.
Yang penting Buat saranan diatas secara konsisten. insya-Allah kalian mampu merubah kadar gula dalam darah kalian. Dan ingat, perubahan perlulah dilakukan secara perlahan lahan bagi memastikan kalian dapat konsisten. Sebab akhirnya yang menentukan kalian berjaya adalah tindakan yang istiqamah.
Sebagai pesanan akhir, elakkan juga mengambil ubat ubatan yang tidak disarankan oleh doctor dan yang tidak mempunyai kelulusan dari Kementerian kesihatan Malaysia. Sebab ramai yang cuba menyelesaikan masalah kencing manis ini dengan kaedah sendiri tanpa merujuk doktor. Kesilapan mempercayai produk akan merumitkan lagi tahap kesihatan kalian.
Jika kalian dah cuba pelbagai cara seperti ubat tradisional tapi masih berada ditahap yang sama, masih obes dan terdedah dengan risiko Penyakit, saya sarankan kalian turunkan berat badan, kerana inilah satu cara terbaik yang dapat membantu kalian keluar dari penyakit kencing manis.
Sepertimana Cikgu Zaiza yang telah berjaya berhenti ambil ubat kencing manis atas saranan doctor kerana dah berjaya turun lebih 30kg berat badannya.
Ulasan
Catat Ulasan