Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

KENAPA KITA BERPUTUS ASA?

 KENAPA KITA BERPUTUS ASA?


Putus asa tidak berlaku dengan bersaja. Tiba tiba putus asa. Tak! 

Putus asa berlaku dengan sistem yang sistematik yang kita sendiri bina dan bangunkan dalam sistem kepercayaan kita. 

Antara sebab ramai antara kita berputus asa adalah (rujuk jadual dibawah)




Ini antara yang saya alami sebelum saya berjaya turunkan 65kg berat saya. Bila saya kenali kelemahan, saya baiki dan alhamdulillah hasilnya luarbiasa. Kalian juga mampu.


Kawan kawan, saya faham kalian yang baca ni adalah insan yang pernah beratus kali putus asa. Saya dulu pun begitu. Tiap kali tengok cermin setiap hari rasa kena kurus. Nak usaha. 

Tapi ianya hanya angan yang tidak terbina jadi impian. Sebabnya kita salah faham tentang apa itu usaha nak turunkan berat badan.

Jadi saya jemput kalian menyertai saya dalam circle misi ubah. Didalamnya saya akan bimbing kalian bina mentaliti yang betul untuk merealisasikan impian kalian nak kurus. 

Sepertimana saya dah bantu ramai dan antara mereka yang berjaya ialah 







Jom berikan peluang diri anda bina sistem yang betul dengan memiliki mentaliti yang betul dan group yang betul. 




Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam