Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.
Untuk memahami kenapa proses nak turunkan berat badan susah kalian kena faham dengan mendalam hal ini terlebih dahulu.
Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas.
1. Rasa seronok dan hasilnya buruk
2. Rasa susah dan hasilnya baik
RASA SERONOK DAN HASIL BURUK
Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan dan amat mudah dilaksanakan. Tengok TV, main game, santai dengan media sosial sambil berada atas sofa, ianya amat mudah sehinggalah kesihatan kalian semakin teruk kerana pilihan kalian.
RASA SUSAH DAN HASIL BAIK
Inilah pilihan yang paling susah nak dibuat kerana sifat asalnya yang tidak menyeronokkan. Setiap pilihan dalam kategori ini kebiasaanya membebankan tubuh kalian, ia tidak mudah untuk dilakukan dan memerlukan sedikit paksaan. Jangan cakap benda besar seperti berlari dan melakukan workout, dalam hal ini perkara kecil seperti membaca buku pun jadi satu hal yang susah untuk dijadikan rutin.
Membaca yang tidak memerlukan kita kerja kuat pun, tiada bahagian tubuh yang sakit dan tidak memerlukan tenaga yang banyak pun, kita susah nak buat. Sebab ia membosankan. Dan biasanya sesuatu pilihan yang susah untuk dibuat akan membawa kalian kesatu fasa yang lebih baik. Umum tahu, dengan membaca kita akan lebih berpengetahuan.
Berita baiknya kita dicipta untuk mampu MEMILIH menjadi yang terbaik. Kita dicipta untuk mampu menangani setiap masalah dan kesakitan yang tercipta atas pilihan yang susah tadi. Buktinya adalah diri kita sendiri.
Kalaulah kita sedari lahir hanya pandai memilih sesuatu yang seronok dan mudah sahaja, tentunya ramai di dunia sekarang mereka yang tak mampu berjalan dan hanya merangkak kesana sini. Mujurlah masa kita bayi, kita tak putus asa akibat sakit jatuh tersembam kerana belajar nak berjalan.
Cuba bayangkan disekeliling kita sekarang, semua merangkak ditempat kerja dan di pasar raya, tentu kelakarkan?
Ya, kita dicipta untuk jadi hebat, tiada seorang pun dari kita yang dilahirkan terus boleh berjalan, setiap kita lalu proses bertatih dan dalam proses tersebut kita wajib terjatuh, malah wajib kita akan menangis. Tapi tiada satu pun antara kita yang gagal. Semua mampu berjalan dengan memilih untuk jatuh dan jatuh lagi, walaupun ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Inilah bukti nyata yang kita dicipta untuk jadi insan yang hebat.
Tapi kenapa kita sekarang selalu gagal? Cuba tengok anak anak kalian, ingat balik kisah mereka dari merangkak kepada berjalan, mereka berlatih dan tidak berputus asa. Ya kata kuncinya ialah jangan berputus asa. Buatlah pilihan yang susah, dan jangan berputus asa. Konsisten walau apa pun yang akan kalian hadapi.
Jom kita ambil pengajaran dari kisah kita sendiri berjaya berjalan.
1. kita fokus
2. kita berusaha setiap hari
3. kita tak kenal erti putus asa walaupun sakit dek kerana jatuh berkali kali
4. kita hanya peroleh dorongan yang baik dari ibu bapa dan ahli keluarga kita
Jadi mulai hari ini bijaklah dalam membuat keputusan, fokus kepada usaha, berusaha secara konsisten tanpa berputus asa walaupun pasti ada halangan dan cabaran. Dan carilah kawan yang menyokong dan mendorong usaha kita untuk melakukan kebaikan.
Jika kalian ingin turunkan berat badan, saya syorkan group Misi Ubah. Di group ini kita mengumpulkan mereka yang ingin turunkan berat badan dan mereka yang dah berjaya menyokong satu sama lain.
Kami di Misi Ubah tidak menilai siapa kalian, asalkan kalian nak berubah, kita akan saling support sampai kalian peroleh kejayaan.
Jom Join Misi Ubah di sini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula
Ulasan
Catat Ulasan