Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Nak Kurus Jangan Malas

 CARA MELAWAN KEMALASAN DIRI.



Dalam misi nak turunkan berat badan sifir antara formula yang wajib kalian terap dalam kehidupan ialah melawan kemalasan. Saya gelarkan #beatthemalas.

Dan itulah sebabnya kalian perlu aktifkan diri. Dan aktifkan diri bukanlah bersenam atau jadi atlit semata mata. 

Tidak! Walaupun Bersenam adalah cara pembakaran terbaik dan juga baik untuk kesihatan. Tapi aktifkan diri juga adalah melakukan banyak aktiviti mudah seperti berjalan dan mengemas rumah.

Jadi saya kongsikan tips dan cara bagaimana saya lakukan untuk mengatasi masalah malas dalam rutin kehidupan saya selama ini.


1. KIRA DARI 5 ( 5 Second Rule by Mel Robbins) 

 Jika anda ada niat nak buat sesuatu, kira dari 5..4..3..2..1 dan terus buat apa yang anda hajati. Seperti contoh nak ambil fon dari meja, kira dari 5 hingga 1 dan terus bangun dan capai fon anda.

 Begitulah seterus dengan niat dan hajat yang lain. Amalkan selama sebulan dgn perkara remeh dahulu. Anda akan dapati impaknya sangat besar! Amalkan yea

2. LAKUKAN SENDIRI 

Walaupun kalian ada anak anak untuk buat perkara remeh, ya saya pun macam anda. Kalau setakat nak minum air kita akan mintak anak anak yang ambilkan atau isteri. Mulai dari hari ni, buat sendiri walaupun sekadar ambik remote tv depan mata.

3. MULAKAN DENGAN HAL HAL KECIL  

Lawan kemalasan anda dengan hal hal kecil dahulu. Menang dalam pertarungan kecil yang banyak sebelum bertarung dengan pertarungan yang besar. 

Jangan aim terus nak berjogging 3km sehari jika hanya untuk beberapa hari sahaja. Buat perkara simple! Nak buka suis lampu, nak ambik remote tv malah jangan tahan kencing anda hanya kerana anda malas! 

Apa yang saya tulis adalah apa yang saya selalu buat dulunya. Saya tak tipu, kencing pun malas nak bangun, tahan selagi boleh kerana malas nak tinggalkan televisyen.

Saya harap kalian boleh berubah untuk aktifkan diri. Kerana selain dari penurunan berat badan banyak impak positif lain yang akan kita perolehi. Kesihatan, kasih sayang dan banyak lagi. 


Mohamad Faizal Saedon

WEIGHT LOSS MOTIVATOR


sesiapa berminat nak sertai program Misi Ubah , Satu group yang mengumpulkan mereka yang obesiti untuk bersama sama memotivasikan diri melawan kemalasan diri boleh klik link ini. 

https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam