Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

PENURUNAN BERAT BADAN - 5 STRATEGI UNTUK BERJAYA

 PENURUNAN BERAT BADAN - 5 STRATEGI UNTUK BERJAYA


Beratus jenis diet, ubat dan suplemen yang menjanjikan kalian boleh kurus dan keluar dari masalah berat badan kalian. Setiap hari penuh wall fb dengan iklan iklan tentang kopi, susu, malah ada yang sapu sapu pun boleh kurus. Ini realiti, industri ini sangat meriah dan dihidangkan dengan janji yang cukup banyak.



Malah saya percaya, ramai antara kita pernah cuba hal hal diatas, saya pun dulu terkena. seolah kena scam, mana tidaknya marketing mereka sangat power dengan deretan testimoni dan pengaruh influencer yang mempromosi produk mereka.


Hari ini saya nak kongsi 5 strategi untuk kalian berjaya dalam usaha penurunan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk untuk kurus. Jadi jangan risau, kalian tak akan kena scam dengan membaca artikel ni.


1. PERSEDIAAN 

Ia akan ambil masa yang lama untuk kalian turunkan berat badan. Malah bukan sedikit usaha dan pengorbanan yang kalian kena lakukan untuk berjaya. Senang cakap bila kalian nak turunkan berat badan ianya adalah hal yang susah. SEBAB ianya adalah satu usaha mengubah sikap, rutin dan pemahaman kalian tentang cara hidup kalian.


2. CARI KEKUATAN DALAMAN ATAU BIG WHY

Ini sangat penting. Sebab apa kalian nak berubah dari tubuh kalian sekarang. Jika kalian punya sebab yang kukuh dan dalam. Ia akan membantu banyak kalian dalam kekal dan konsisten untuk melakukan hal hal yang saya kata susah diatas. Jika kalian tidak punya sebab yang kuat, saya boleh berikan satu. Mengikut statistik KKM, berat badan berlebihan adalah punca kepada penyakit berbahaya yang menyumbang kematian paling besar di hospital setiap hari. Ya, darah tinggi, kencing manis, kegagalan buah pinggang, strok banyak berpunca dari obesiti.


3. SASARKAN MATLAMAT YANG MASUK AKAL

Ramai bila nak turunkan berat badan nak kurus dalam masa 1 hari, seminggu dan sebulan. tak ramai nak lakukan usaha dalam tempoh yang lama. sebab tu ubat kurus laku keras. Janji boleh kurus dalam masa 10 hari tanpa jaga makan dan bersenam buat ramai tertipu dan bazirkan duit yang beratus untuk dapatkan produk kurus tu. Padahal ianya ternyata penipuan yang jelas. 


Sasarkan penurunan 1-4kg sebulan. dalam 6 bulan kalian dah buang 6 - 24kg. Itu pun satu angka yang telah banyak buat perubahan dari segi penampilan dan kesihatan dalaman kalian. Realistiklah jangan berangan. 


4. BELAJAR LEPASKAN KESELESAAN DAN KEGEMARAN

Sedarlah selama berat kalian naik mendadak sehingga ada yang sampai 100kg lebih adalah kerana kegemaran dan keselesaan kalian. selagi kalian tak mampu korbankan 2 hal ini, yakinlah kalian tak akan pernah berjaya turunkan berat badan. 


Apa dua perkara tersebut-

 4.1 KESELESAAN - Peel dan rutin kalian yang tak selesa mencabar diri. Lebih suka duduk dan bermalasan dari melakukan aktiviti. nak bukti yang kalian cukup malas, bila remote tv depan mata pun kalian tangguh untuk ambil atau kalian rela panggil anak atau wife untuk ambilkan. Keselesaan begini kalian kena korbankan.


 4.2 KEGEMARAN - Ini paling menentukan berat badan kalian. Kalian terlalu enjoy makan makanan yang kalian suka setiap hari. Tak dapat disangkal lagi, inilah sebab kalian besar. Menikmati makan melebihi keperluan. kalau tak tambah macam tak puas. Jika kalian nak berjaya turunkan berat badan, pengorbanan ini paling besar yang perlu kalian lakukan.


5. TUKAR MENTALITI DAN CARA FIKIR

Ianya tak cukup dengan jaga makan dan aktifkan diri. Ia sebenarnya lebih daripada itu. Sebab bilamana kalian cuba tukar kegeemaran dan lawan keselesaan ia akan datang satu ujian paling besar iaitu UJIAN MASA.


Kalian akan bertanya bila masanya kalian boleh capai apa yang kalian inginkan. Pertanyaan ini walaupun tak salah akan jadi satu beban kepada diri kalian. dan sebenarnya ramai mereka yang gagal sebab hal ini. Mereka anggap pengorbanan mereka terlalu besar sedangkan hasilnya cukup lambat. 


sebab itu kalian kena tukar cara fikir. ubah mentaliti. kerana untuk berjaya dalam penurunan berat badan ianya bukanlah semata mata makan dan aktif, tapi ia berkenaan tukar tabiat. Bina tabiat baru yang baik seperti jaga makan adalah satu yang sangat sukar kerana ia melanggar tabiat buruk lama kita. Ingat perjalanan nak kurus bukanlah ada tempoh, ianya satu perjalanan sepanjang masa untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.


5 STRATEGI ini adalah satu gagasan yang kalian kena buat mulai hari ini jika kalian ingin turunkan berat badan. Ia bukanlah hal yang senang, sebab tu point no 1 lagi saya tulis tentang PERSEDIAAN. 


5 strategi inilah yang saya gunakan dalam mengemudi misi ubah. Saya akan terapkan 5 hal ini kepada mereka yang menyertai misi ubah. Sebab tu ada antara peserta misi ubah walaupun hanya hilang 30kg dalam masa 9 bulan terus hilang berat badan dan semakin sihat. Kerana ia dah bertukar jadi rutin atau tabiat. 


Jika kalian ingin dibimbing dan mempunyai group lebih 300 orang yang punya matlamat yang sama dan saling menginspirasikan satu sama lain, saya jemput kalian menyertai program Misi Ubah. 


Untuk detail lanjut sila klik link - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula







Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam