Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Weight loss Game Yang Complicated

Weightloss! It's a Mental game!

Sebab tu siapa yang follow saya tahu, bagi saya tiada diet tertentu sahaja yang betul dalam usaha nak turunkan berat badan. 



Dan sebab tu saya tak fokus sangat kalian nak pilih buat diet apa. Yang penting adalah bagaimana kalian nak main game turunkan berat badan ni. 

Mempunyai cara fikir yang betul adalah kunci memiliki kekuatan mental. Kerana dengan mengetahui selok belok mainan barulah kita mahir mengatur strategi. 


Hari ni saya tak nak ulas bab pemahaman Cara fikir yang betul untuk turunkan berat badan. Sebab hal tu saya ada buat video penerangan Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan yang boleh di akses dalam Program Misi Ubah 

Hari ni saya nak kongsi 5 Amalan yang dapat menguatkan mentaliti kalian. Hal ini sangat penting kerana disamping mengetahui selok belok mentaliti, menyediakan mentaliti yang kuat juga faktor kalian akan berjaya. 

5 Amalan Kuatkan Mentaliti 

1. Buang gula putih dalam minuman kalian. Ya, perdebatan gula boleh ambil dan tak boleh ambil tak akan berakhir. Cuma saranan saya untuk kalian tinggalkan gula dalam minuman hanyalah persediaan minda kalian meninggalkan satu nikmat yang sia sia. Jika kalian mampu buat ini, insya-Allah jalan amalan selepas itu sedikit mudah.

Sebab, kita dah bergelumang dengan gula dari kecil. Dengan memberi ketegasan kepada diri untuk meninggalkan gula putih dalam minuman akan membina kekuatan desire yang tinggi untuk turunkan berat badan.

2. Plank seminit sehari. Satu aktiviti yang mudah sangat nak buat, tapi berapa ramai buat? Kalau kita dari keadaan berbaring tengok tv, hanya perlu meniarap dan angkat tubuh jea.

Seminit dalam plank yang dilalui bagaikan masa yang lama, ianya melatih minda menahan cabaran penurunan berat badan yang sememangnya memakan masa yang lama.

3. Tidur awal setengah jam dari kebiasaan. Memiliki mentaliti yang kuat akan memerlukan kalian membuat pilihan yang sukar. 

Waktu tidur kalian yang lewat sekarang adalah kebanyakkannya dari pilihan yang buruk iaitu layan media sosial atau melayan Netflix.

Jadi latihkan diri kalian memilih sesuatu yang betul dan bermanfaat dengan korbankan masa sia sia layan fyp tiktok. 

4. Berpuasa sunat Isnin khamis atau mana mana puasa dalam jangkamasa pilihan, seminggu sekali atau sebulan sekali. 

Pengorbanan selalunya akan dibalas sesuatu yang baik. Dalam hal puasa balasannya ialah pahala yang kalian tak nampak. Tapi kalian sebagai muslim percaya. 

Ini melatih diri untuk bersangka baik dengan usaha turunkan berat badan yang mencabar. Adakala berat turun adakala statik dan adakala naik. Selagi kalian mampu percaya buat sesuatu yang baik, InsyaAllah akan dibalas baik. Kalian pasti akan lebih kuat mengatasi cabaran kompleksiti penurunan berat badan.

5. Membaca dan menghafal. Apa saja buku pun, cuma ramai pengikut saya adalah dari kalangan muslim, saya sarankan kalian baca dan menghafal surah surah Al Quran. Setidaknya memperbanyakkan surah dalam bacaan solat kita.

Ini satu latihan minda bagi menajamkan tumpuan. Dan tumpuan yang dibina melalui bacaan dan penghafalan mampu bantu kita fokus juga dengan matlamat kita nak turunkan berat badan.


Kawan kawan, latihan atau amalan diatas ada satu konsep. Yang mana kalau kalian faham, kalian boleh bina bermacam lagi latihan bagi menguatkan minda kalian. Yakni cari ketidakselesaan! Seek Discomfort!! 

Kalau kalian ada prisip ini, InsyaAllah apa yang kalian impikan pasti akan jadi kenyataan. 

Saya berikan sedikit ilmu yang saya bina dalam video Kursus Mentaliti Turunkan berat badan ini supaya kalian sedar, game nak kurus ni bukan hal teknikal diet apa dan kalori banyak mana. Ia adalah game complicated bersangkutan cara fikir kita. 


Sebab tu saya sarankan kalian untuk join saya dalam Program Misi Ubah. Dalam program ni saya bina modul bagaimana kalian nak faham dan aplikasikan kefahaman kepada tindakan yang KONSISTEN. Satu sifir kejayaan turunkan berat badan. 


Saya jemput kalian menyertai saya dan team. Untuk detail lanjut sila klik banner dibawah. 





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...