PUTUS ASA DALAM USAHA NAK KURUS.
Kadang kala hilang arah tuju.
Jenuhnya duk nak turunkan berat badan.
Turun 1kg naik 2kg.
Sampai bila nak struggle macam ni?
Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit runggutan. Usaha nak turunkan berat badan turun naik dan mereka seolah letih.
Sebagai insan yang dah lalui fasa itu saya sebenarnya faham sangat apa yang mereka lalui. 65kg yang saya berjaya singkir bukanlah sempurna kilo demi kilo. Perjalanan setahun yang saya lalui penuh naik turun dan ada masanya perkataan JENUH keluar juga.
Mana tidaknya, kita melanggar kebiasaan kita sendiri. Makan bertambah, makan ikut suka, semua kita tinggalkan dengan persempadanan baru. Proses ini paling susah dan mencabar. Nafsu nak makan benda lain, nafsu nak makan banyak tapi kita kena pilih yang lain demi mengatur balik kesihatan dan tubuh kita.
Cuma dalam jenuh, dalam mencabar saya berjaya. Bukan saya seorang, ramai diluar sana berjaya turunkan berat badan mereka. Bukan 2,3 kg, ada yang berjaya turun beratus kg.
Jadi saya nak kongsi tips mudah bagi kalian yang berasa JENUH bagi mengatasi masalah ini.
1. Berfikiran dengan mentaliti yang betul! Ini paling penting. Faham dan terima hakiki proses penurunan berat badan sememangnya mencabar dan butuhkan masa yang lama. Bila mana kalian berfikir dengan fikiran yang betul JENUH akan mula hilang, kerana perasaan jenuh hanya datang bila kalian mula nak proses itu senang dan cepat.
2. Ikhlas dalam usaha kalian. Ingat, penurunan kilo demi kilo berlaku hanya bila kalian bertindak atas keputusan yang diambil. Tiada kilo yang akan turun hanya dengan harapan dan angan. Jika kg kalian tak turun malah naik, ianya adalah disebabkan kalian sendiri. Untuk mengecapi kejayaan kalian perlu BERHAK atas kejayaan tersebut.
3. Ambil masa rehat. Ada masa kita rasa kita dah buat macam macam. Dah struggle sangat, tapi hasilnya tak ada, penimbang masih di angka yang sama. Ya, ada masa berlaku hal begini atas sebab tubuh punya mekanisme operasi tersendiri. Ada masa kita rasa patut turun tapi tak. Tubuh ada akal tersendiri sebenarnya. Dia tak ikut akal kita semudah kita sangka. Kita nak dia bakar lemak, rupanya dia simpan lemak, hal ini berlaku atas sebab sebab teknikal. Jika kalian difasa ini ambil masa berehat. Keluar dari apa yang kalian tengah lakukan tu. Beri masa fikiran dan tubuh kalian berehat dari tekanan aim kalian nak turunkan berat badan. Berapa lama? Seminggu mungkin atau tak salah pun untuk rehat selama sebulan. Asalkan kalian tidak terleka lantas terlupa niat kalian nak perbaiki diri dan turunkan berat badan.
4. Cari group Support yang kalian suka. Berlambak diluarsana group diet, join yang mana kalian rasa baik dan kena dengan jiwa kalian. Ini amat membantu! Berkongsi pengalaman orang lain mungkin akan membantu kalian. Saya sarankan join group jom mula. Group dimana kita tak kira jenis diet, tak kira dari coach mana pun bersatu menginspirasikan sesama kita.
Atau mungkin kalian boleh timbangkan join Misi Ubah. Satu program yang saya pantau selama 12 bulan bersama sama dalam usaha untuk fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. Berminat nak sama sama buat sekali usaha ni boleh ke - https://go.my/mindset
4 perkongsian saya bukanlah ultimate. Mungkin ada cara lain. Kalau ada mungkin boleh komen dibawah. Sama sama kita belajar mengatasi JENUH yang meragut banyak impian dan usaha mereka yang nak turunkan berat badan.
Ulasan
Catat Ulasan