Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

5 TABIAT YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS

 5 TABIAT REMEH YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS


Kita Gemuk Sebab Tabiat



Sedar atau tidak, yang menggemukkan kita sebenarnya adalah tabiat kita. 

Rutin harian yang kita amalkan bertahun tahun akhirnya memberi impak iaitu gemuk.

Malah bukan itu sahaja, kehidupan tidak seceria dulu, mudah letih, sakit sakit urat saraf, mudah mengah, mudah marah dan selalu rasa tiada tenaga. 

Semua berpunca daripada rutin yang kita suka buat. 

Jadi hari ni saya nak seru kalian untuk ubah X peel buruk kepada peel baru. Supaya rutin kalian berubah dan akhirnya, memberi impak kebaikan seperti makin kurus, sihat dan bahagia. 

Peel buruk

1. Layan media sosial tanpa tujuan sebelum tidur. 

Ini adalah salah satu sebab hidup makin sukar. Kualiti tidur yang buruk membawa banyak masalah seperti ketidakseimbangan hormon yang membawa kepada masalah kesihatan dan kegemukan. 

Secara perlahan lahan atasi peel buruk ni. Jangan bergantung kepada gadjet untuk menjadi ubat tidur kalian. 


2. Buat sesuatu sambil berbaring.

Ada yang minum air pun sambil berbaring dan meniarap. Punya malas nak bangun. Saya kongsikan pengalaman, saya dulu begitu. 

Elakkan hal ini, buat sesuatu, kerja atau sekadar melayan media sosial dengan duduk di meja atau sofa. 


3. Semua suruh anak ambil

Ini pun peel ramai antara kita. Remote tv ada depan mata, tetap panggil anak yang tengah belajar atau bermain ambilkan. 

Air yang kita nak minum pun suruh anak, dan kalau boleh, tangan selepas makan pun nak bagi anak basuhkan. Ini realiti. 

Bangun, buat sendiri. 


4. Nantilah aku berubah.

Dalam arahan suruh anak ambil remote, dalam melayan media sosial sebelum tidur, ada bisikan supaya diri berubah. 

Cuma dalam proses memujuk masih malas dan percaya suatu masa nanti mesti kita akan berubah. Kepercayaan ini merbahaya, ramai yang terlewat dan akhirnya kesihatan terjejas.

Ada yang kena serangan jantung, strok dan ada masalah kencing manis. 

Solusinya jangan bertangguh lagi. Ambil remote dan air sendiri bukanlah satu hal yang rumit sebenarnya. Kita tak mampu hanya sebab kiya yang malas dan tangguh. 


5. Makan dengan banyak untuk rasa puas

Sedar atau tidak, peel makan kalian bukanlah untuk kenyang, tapi lebih kepada nak puas.

Ini peel terburuk yang menjejaskan kesihatan dan membuatkan kita gemuk. 

Bila makan tak puas, mula bertambah. Sepinggan dah tak mencukupi, kalau dah tambah pun nak lagi makan itu ini, sedarlah ianya adalah tuntutan nafsu. 

Solusinya, secara perlahan-lahan baiki pemakanan kalian. Dari bertambah usah bertambah lagi. Jarakkan waktu makan atau sneaking dan belajar banyakkan berpuasa sunat atau amalkan Intermittent Fasting. 


5 Tabiat buruk ini perlulah diatasi, ditukar kepada tabiat baru yang lebih baik. bagaimana cara terbaik menukar tabiat ini adalah dengan buat sekarang tanpa tangguh dan buat perubahan kecil terlebih dahulu. 

Dari perubahan kecil, tambah baik perubahan itu setiap masa. Dan insyaAllah satu masa kalian akan dapati tabiat lama akan diganti dengan tabiat baru.

Jika kalian ingin dapatkan bantuan, Bimbingan untuk konsisten dalam usaha tambah baik tabiat kalian, saya sarankan kalian menyertai Misi Ubah, program yang saya telah buat hampir 4 tahun dan dah bantu ramai induvidu keluar dari masalah obesiti.




 5 TABIAT YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...