Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi 


Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung. 



Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius. 


Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda. 


Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad. 


Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi. 


1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ.

2. Kerosakan jantung bilamana saluran darah rosak atau tersumbat. Ini akan menyebabkan jatung terpaksa berkerja dengan lebih kuat berbanding kebiasaanya.

3. Merosakkan otak, sepertimana organ lain memerlukan aliran darah yang baik untuk membekalkan nutrisi dan oksigen, otak juga akan terkesan dan bila ini berlaku, serangan strok akan terjadi. 

4. Kerosakan buah pinggang.

5. Disfungsi Seksual untuk lelaki dan perempuan.

6. Merosakkan fungsi mata.


Oleh itu saya secara peribadi menyarankan kalian yang ada masalah tekanan darah tinggi atau merasakan kalian ada masalah tersebut mendapatkan alat pemeriksaan tekanan darah tinggi sendiri dirumah. Ianya satu yang perlu untuk kalian memeriksa secara kerap tekanan darah kalian. Boleh dapatkan mesin tekanan darah tinggi di link ini - https://shp.ee/bxzw7x3


Berikut adalah 6 langkah yang wajib dilakukan jika kalian berhasrat untuk memperbaiki tekanan darah tinggi secara alami. 


1. Urus stress dengan baik. 


2. - Masalah stress adalah satu punca yang berangkaian, gagal mengawal stress akan menyebabkan kalian bergelut dalam hal hal lain yang berkemungkinan remeh. 

 Antara tips menangani stress adalah cuba bertenang dan fokus kepada penyelesaian masalah, bukan kepada masalah itu sendiri. 


3. Banyakkan aktiviti seharian. 

Guna prinsip #beatthemalas , bangun dan buat sendiri tanpa perlu arah anak anak. Saya suka guna contoh remote tv. Mulai hari ni, banyakkan bangun dan buat sendiri. 


4. - Tambah aktiviti bersukan juga amat digalakkan. 3 kali seminggu dan sejam setiap sesi amat membantu. 


5. Turunkan berat badan, Ya, masalah tekanan darah tinggi berlaku bila badan kalian banyak lemak. Kebiasaan mereka yang besar akan mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Urus berat badan, dan dua tips diatas amat membantu. 

Pilih makanan yang lebih baik

 - Kurangkan makanan berproses. 

 - Kurangkan makan makanan segera.

 - Kurangkan makanan dalam tin dan botol.

 - Kurangkan makanan yang dikeringkan seperti ikan kering. 

Kesemua adalah kerana makanan diatas lebih kandungan garam dan garam bila diambil secara berlebihan akan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. 


6. - Amalkan pengambilan omega 3 dengan mengambil fish oil - https://shp.ee/7gnz6h3


Ingin saya tekankan, perkongsian saya hari ini bukanlah satu ubat, ianya adalah perkongsian pengalaman bagaimana saya bebaskan diri dari masalah tekanan darah tinggi. Kalian juga haruslah jumpa doctor untuk memeriksa keadaan kalian dan mendapat nasihat mereka. Dan jangan sesekali memilih untuk melakukan saranan saya dengan meninggalkan saranan doctor.

Perlukan pemantauan dan group support selama minima 12 bulan? Klik sini

https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

Apa kata mereka yang menyertai Misi Ubah?







https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha