Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Obesiti Adalah Masalah

 OBESITI ADALAH MASALAH. DAN MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA.



Ramai yang obesiti tapi beranggapan ianya tidak membahayakan. Malah ada yang cakap tak apa gemuk asal sihat. 

Masalahnya obesiti mudah dilihat dengan mata kasar, tapi keburukan dari obesiti seperti diabetes dan penyakit darah tinggi hanya akan dikesan bila keadaan kesihatan bertambah teruk. Lagi membimbangkan, tiba tiba sahaja buah pinggang serta organ dalaman boleh rosak disebabkan obesiti terlalu lama. 

Ingat, obesiti adalah penyumbang kepada penyakit penyakit kronik yang membawa maut.

Berapa besar sebenarnya masalah obesiti di Malaysia? 

1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia adalah Obesiti.

(Rujukan)

https://www.sinarharian.com.my/article/24891/SISIPAN/Sinar-Aktif/Isu-obesiti-Malaysia 

Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia mengalami obesiti. (Rujukan) https://m.utusan.com.my/rencana/forum/malaysia-juara-obesiti-1.260163 

Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta individu lagi disahkan obes. (Rujukan)

https://m.utusan.com.my/rencana/forum/obesiti-di-malaysia-meningkat-1.669069 


Kenapa Obesiti ni berbahaya?

Obesiti adalah penyumbang utama kepada penyakit diabetes dan kardiovaskular.

Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

Diabetes Mellitus

Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)

Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)

Metabolic syndrome

Sleep apnoea

Penyakit jantung koronari

Cerebrovascular disease

Kegagalan jantung

Tekanan darah tinggi (hypertension)

Osteoarthritis

Gout

(Rujukan)

http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/


Apa punca kepada obesiti? 

Cara pemakanan berlebihan dan gaya hidup seperti MALAS adalah faktor utama obesiti. Mengikut kajian, secara purata rakyat Malaysia hanya berjalan 3900 langkah sahaja sehari berbanding negara asia lain yang purata adalah 6800 langkah sehari. (Rujukan) https://m.utusan.com.my/rencana/forum/obesiti-di-malaysia-meningkat-1.669069


Keturunan juga menjadi salah satu faktor, ianya bukanlah bermaksud kegemukan diwarisi dari gen ayah atau ibu. Tapi sebenarnya gaya hidup ibu bapa yang obesiti dipindahkan kepada gaya hidup anak anak. 


Adakah obesiti boleh dirawat? 

Ya, ianya boleh dirawat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Saya telah buktikan yang saya mampu. Dari berat 135kg ke 70kg dalam masa 1 tahun. 


Bagaimana saya laksanakannya? Tiada jalan pintas seperti pil ajaib atau teh herba. Ianya memerlukan perubahan total dari segi mentaliti dan gaya hidup.


Kalau dulu saya makan ikut suka, maksud saya makan sampai puas hati. Selagi tak puas saya akan tambah. Sekarang saya makan sekadar untuk makan. Cukup dengan sesenduk nasi dan lauk pauk yang sederhana. 

Malah dikebanyakkan hari saya mengamalkan Intermittent Fasting. Malah sekarang saya lebih aktif, kalau dulunya selesa dengan tanpa aktiviti berpeluh sekarang saya buat juga aktiviti membakar kalori seperti berjogging, lompat tali skipping, hiit dan banyakan berjalan. 

Tapi sebenarnya, kebanyakan kita dah tahu bagaimana sebenarnya nak turunkan berat badan. Boleh dikatakan semua dah tahu caranya. Sifirnya senang iaitu jaga makan dan aktif. Semua coach dah kongsikan hal ni. Tapi ramai yang gagal. Kenapa?

Mentaliti

Mindset adalah perkara penting pada perubahan yang telah saya lakukan. Setelah mungkin berpuluh percubaan, akhirnya saya berjaya turun sebanyak 65kg. Ya secara jujur, kalian perlu menguasai Mentaliti terlebih dahulu sebelum berjaya mengubah rutin untuk jaga pemakanan dan beraktiviti.

Saya anjurkan perkongsian bagaimana membina Mentaliti Yang Betul Untuk Turunkan Berat Badan melalui pengalaman saya sendiri turun 65kg dan pengalaman saya bantu ramai induvidu turunkan berat badan. 




Jika kalian nak tahu bagaimana mentaliti dapat menentukan kejayaan kalian keluar dari obesiti, saya jemput kalian menyertai Misi Ubah. Detail misi ubah boleh klik di link ini - https://go.my/misiubah


Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam