Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

REALITI YANG BAHAYA DI BULAN NOVEMBER.

 Realiti Yang Bahaya Di Bulan November. Bagi Yang Nak Turunkan Berat Badan.




Ramai yang tak sedar bulan November dan Disember adalah antara bulan paling bahaya bagi mereka yang nak turunkan berat badan.

Jika ditanya kepada mereka yang besar atau gemuk ada beberapa masa yang ditakuti oleh mereka, dan biasanya ialah Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidil Adha dan bulan puasa. 

Kenapa takut kepada hari-hari tersebut, ini kerana hari-hari tersebut menyajikan makanan-makanan yang sangat mereka idamkan. 

Secara logiknya hari-hari tersebut akan menyebabkan mereka makan dengan lebih banyak dan berat badan mereka akan naik secara mendadak.

Tapi tak ramai yang sedar sebenarnya bulan November dan Disember pada akhir setiap tahun adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang nak turunkan berat badan.

Hujahnya ialah mereka ada satu kepercayaan yang sangat kukuh bahawa mereka akan mula untuk usaha turunkan berat badan pada bulan Januari.

Jadi berbaki dua bulan terakhir ini mereka mengambil kesempatan beralasan untuk makan dengan banyak menikmati apa yang mereka akan tinggalkan pada Januari nanti.

Mereka fikir masa nilah mereka menikmati makanan-makanan yang akan mereka tinggal pada bulan Januari nanti.

Bagi mereka ini adalah keputusan yang tepat supaya mereka dapat memulakan usaha mereka pada bulan Januari dengan lebih tenang tanpa memikirkan makanan-makanan yang telahpun mereka makan pada bulan November dan Disember. Silap besar!!!! 

Inilah realiti kepada mereka yang gemuk dan nak turunkan berat badan setiap tahun. Bulan Januari akan mula, akan buat betul-betul, akan buat sampai jadi, so bulan ini kita enjoy dulu. Berlaku tiap tahun sebenarnya 

Walhal mereka sedang melakukan kesilapan teramat besar. Sedar atau tidak ini antara punca Kenapa you all sampai sekarang tak mampu untuk turunkan berat badan.

Kalian tangguh dengan menggunakan alasan yang bagi kalian munasabah. Padahal ini hanya alasan semata-mata. 

Ada 4 nasihat untuk kalian  yang nak turunkan berat badan bagi mengatasi masalah ini.

1. Mempunyai kefahaman yang betul dalam penurunan berat badan.
- nak turunkan berat badan tidak perlu untuk kalian meninggalkan makanan-makanan yang kalian suka cuma you all perlu mengawal porsinya sahaja. 

2. Realiti Tangguh
- tangguh adalah satu tabiat, jika kalian tangguh pada hari ini kalian akan juga tangguh untuk esok. Ini realiti so jika kalian nak berubah lakukan hari ini dengan perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit tak perlu berubah secara drastik ni tak makan apa yang kalian suka.

3. Risiko Tangguh
- tangguh datang dengan risiko yang sangat besar. Ianya bukan sahaja menaikkan berat badan, merosakkan mentaliti malah ianya datang dengan pakej risiko kesihatan. 

4. Bermula hari ini 
- sebenarnya nak bermula untuk turunkan berat badan adalah sesuatu yang sangat simple ianya tidak serumit yang kalian sangka. Jika kalian rasa nak turunkan berat badan ini sesuatu yang sukar kalian sebenarnya mempunyai mentaliti yang salah.

Jadi saya seru kepada kalian yang nak turunkan berat badan sertai saya dalam misi ubah dimana disini saya akan rungkaikan bagaimana saya yang gemuk hampir 30 tahun dapat melakukan perubahan dalam masa setahun dengan hilang 65 kg. 

Kalian akan dibimbing diberi pemahaman yang betul cara yang betul supaya you all juga dapat berjaya turunkan berat badan dan dapat BMI normal. 

Sepertimana Saya telah bimbing ramai antara mereka yang saya tunjuk gambar di bawah.







Nak dapatkan detail berkenaan dengan misi ubah klik link ini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula


Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya ...

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.  Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri.  Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal.  Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah. Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti. Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata. Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti. Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus...

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yan...