Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN.

 SATU CARA NAK HACK DIRI UNTUK BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN. 


Menurunkan berat badan ni saya yakin ramai yang tahu caranya. Makan dengan betul dan aktifkan diri. 



Tapi kenapa ramai yang gagal? Hampir 95% mereka yang cuba gagal. 


Walaupun ilmu untuk turunkan berat badan itu penting. Tapi apa yang lebih penting adalah konsistensi atau istiqamah.


Mungkin mereka yang mencuba dah lakukan perkara yang betul. Dengan jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sihat. Tapi akhirnya mereka give up dan berhenti.


Proses penurunan berat badan makan masa. Ianya satu proses yang panjang. Ramai antara kita gagal disini. Sebab mahukan perubahan berlaku sekelip mata.


Saya seperti contoh, dulunya setiap kali pergi jogging saya akan naik penimbang. Tengok betapa silapnya mentaliti.


Hari ni saya nak kongsikan antara salah satu tips kenapa saya mampu konsisten selama bertahun dalam proses ini. Dan tip ini hanya 1 antara banyak tips yang ada. Cuma bagi saya, ianya tips yang amat berkesan dan bagus untuk kalian juga amalkan.


Tips untuk kekal istiqamah adalah, terus cabar diri kalian untuk jadi lebih baik dari semalam.


Bagaimana nak lakukannya dengan berkesan adalah dengan dapatkan diri kalian satu teknologi yang popular sekarang iaitu smart band atau SmartWatch.


Saya bila dah turunkan beberapa puluh kilogram, wife hadiahkan Miband2 pada saya. Selepas dapat miband 2 saya semakin bersemangat. 


Semangat itu datang dari informasi yang dibekalkan oleh miband. Setiap hari saya dapat tahu berapa langkah dan kalori yang dibakar dengan aktiviti aktiviti saya. 


Saya juga dapat lihat rekod tidur saya. Berapa lama saya tidur semalaman. Malah ada rekod deep sleep. 


Saya juga dapat monitor bacaan nadi saya. Yang akan menunjukan saya dalam keadaan baik atau tidak semasa bersukan. 


Semua informasi berkenaan membuatkan saya bersemangat untuk melepasi rekod saya sendiri. Kalau saya berjalan 8000 langkah hari ni, esok saya berazam nak buat 10,000 langkah.


Kalau saya tidur 5jam dengan deep sleep hanya 30 minit saya baiki dengan masuk tidur awal supaya tidur saya lebih berkualiti. 


Dengan kita mengetahui maklumat maklumat ini kita akan seronok untuk kalahkan diri sendiri dan jadi lebih baik keesokan harinya.


Bukankah seorang yang baik itu sentiasa memperbaiki dirinya. 


Jadi dari situ saya sedar kebaikan teknologi masakini. Dan saya harap, kalian yang baca post ini pun boleh dapatkan sekurangnya miband. 


Ianya bukanlah satu yang wajib, tapi jika kalian mampu saya rasa ianya akan banyak membantu dalam proses kalian menambah baik kehidupan kalian dan sekaligus Menurunkan Berat Badan.


Kalau kalian nak usha jam smartwatch saya sarankan secara peribadi cari amazfit, antara sebabnya amazfit adalah satu brand yang affordable dan dipercayai. 


Dari mi band ke jam jam pintarnya memang berkualiti dan app bagi jam pintar mereka juga amat up to date, mudah nak faham dan banyak informasi berguna. 


Saya sarankan kalian dapatkan apa apa jenama amazfit di shopee, kedai Maya Dasher. Harga yang amat berbaloi, servis yang baik dan ada free gift. 


Link ke kedai shopee Dasher

https://t.productlink.io/a042rto


Anda perlukan bantuan saya dan team dalam Bimbingan ilmu dan motivasi untuk berjaya turunkan berat badan. Sertai saya dalam misi ubah. InsyaAllah anda boleh jadi seperti mereka yang berjaya dalam misi ubah -





Detail misi ubah di - https://go.my/misiubah


Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

Orang Gemuk Ialah Orang Yang Tamak

ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI.  Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan.   Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023.  Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah.  Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu.  A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023.  Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!!  Kenapa tiada yang fikir 12kg? Sebab kalian tamak! Walha

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam