Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gemuk

SAHABAT

MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR

  BIASA MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR Terimbau satu peristiwa Masa tu umur saya kemungkinan besar dalam 23 tahun, sebab masa tu saya masih berniaga burger. Malam tu hari selasa malam rabu. Menjadi rutin masa tu ke masjid assalam pengkalan Chepa utk mendengar kuliah dr seorang ustaz,namanya ingat ingat lupa, tp ingat pengajian kitab Penawar bagi Hati pengarangnya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili. Selepas kuliah saya lepak di kedai minum untuk berborak. Malam tu minum sekali dengan seorang pak cik yang baru dikenali pada malam tu. Pak cik tu umur dalam 50an. Rancak berbual dalam sesi pengenalan tiba tiba pakcik tu tanya umur saya. Kawan kawan lain menyampuk dan suruh pak cik tu teka umur saya. Setelah beberapa kali tekaan pak cik tu akhirnya memohon maaf. Tekaan pertama dia adalah 38tahun! Kawan kawan semua ketawa dan pakcik tu kelihatan kepelikan. Akhir sekali pakcik tu mengalah. Saya bagitahu umur sebenar, dia terkejut besar. Mana tidaknya, masa

Asas Paling Penting untuk turunkan badan

ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian. Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul. Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya. Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.  Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan

Obesiti dan Dengkur boleh membawa maut

OBESITI DAN DENGKUR, KOMBINASI YANG MUNGKIN MEMBAWA MAUT. Post kali ini ditujukan kepada pasangan individu yang obesiti terutamanya. Untuk mereka yang obesiti juga bagus untuk menelaah isu ini dan mengambil tindakan. Jika pasangan kalian obesiti dan berdengkur dengan kuat. Wajib periksa tidur meraka! Mereka mungkin ada masalah besar yang boleh membawa maut dalam tidur. Jika pasangan kalian ada masalah masalah diatas, saya sarankan kalian periksa tidur meraka untuk malam ini. Ini kerana mereka mungkin menghidapi masalah Obstructive Sleep Apnea atau OSA Apa itu OSA? - OSA adalah masalah tidur dimana induvidu yang menghidapinya akan berhenti bernafas ataupun bernafas dengan kadar yang sedikit ketika tidur. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan Angin ahmar. - Kebiasaanya mereka yang menghidapi OSA tidak mengetahui status mereka, kerana masalah mereka berlaku dalam tidur yang mereka tidak perasan

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN.

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN. Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya. Bila saya mampu turunkan sehingga 65kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal. Nama teknik ini adalah Pecahan. Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian. Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus. Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling tidak mereka akan jawab boleh tapi susah sikit. Ok sekarang,

Langkah Pertama Saya Turun Badan Sebanyak 65kg

Langkah pertama turunkan berat badan. langkah pertama atau fasa pertama yang saya lalui. Sejak awal saya berkongsi pengalaman saya berjaya turunkan berat badan dari 135kg ke 70kg, saya di fasa pertama hanya tinggalkan minuman manis atau gula. Ya hanya itu yang saya buat untuk langkah pertama. Ramai yang kongsikan dengan saya dengan langkah ini saja mereka mampu turun 20kg. Ramai yang tak sedar keinginan mereka kepada air manis banyak menyebabkan mereka bertambah besar. Kenapa gula menggemukkan? Saya beri sedikit penjelasan dalam bahasa mudah, bukan secara saintifik sebab ianya bukan bidang saya. Bukan saja gula mempunyai kepadatan kalori yang tinggi malah ianya tidak mempunyai sebarang nutrisi. Gula putih adalah hanya satu bahan yang menambah perisa manis dan tinggi kalori. Maksudnya, ia tidak memberi sebarang impak positif kepada kesihatan selain tenaga yang kita boleh perolehi dari sumber yang lebih baik. Malah gula menambah risiko penyakit yang berisiko tinggi seperti obesiti , ke

3 KESILAPAN DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN DAN SOLUSINYA

3 KESILAPAN DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN DAN SOLUSINYA Setiap masa ramai yang berazam untuk turunkan berat badan . Mereka percaya jika mereka lakukan beberapa perkara akan menyebabkan mereka turun berat badan, tapi ramai sebenarnya tersilap langah dalam hal ini. Saya kompilasikan kesilapan kesilapan yang saya telah buat dalam usaha saya turunkan berat badan selama ini yang menemui jalan buntu atau kegagalan. KESILAPAN PERTAMA . BERSENAM UNTUK KURUS - Ini kesilapan saya berkali kali sejak zaman sekolah lagi, bila datang keinsafan untuk turunkan berat badan, saya mula fikir saya kena bersenam. Bersenam sebenarnya tidaklah salah, cuma pendekatannya tersangatlah salah. Bersenam amat bagus untuk penurunan berat badan, menggunakan kalori sebelum ia tersimpan jadi lemak, malah ianya sangat bagus kepada kesihatan tubuh. Cuma Mulakan bersenam sebagai tindakan pertama adalah silap, kebiasaannya kita yang tidak biasa bersenam akan memberi beban yang tinggi pada diri dan sekaligus akan

JOM MULA, LANGKAH YANG PALING SUSAH ADALAH LANGKAH PERTAMA.

JOM MULA, LANGKAH YANG PALING SUSAH ADALAH LANGKAH PERTAMA. Ramai yang cakap langkah pertamalah yang paling susah dalam melakukan sesuatu perubahan dalam kehidupan. Ya, mereka betul, katakan nak berjogging petang ini, perkara yang paling susah ialah membuat diri kita untuk pergi dan mula langkah berlari dan bila kita dah mula melangkah berlari sekali, langkah langkah seterusnya akan jadi dengan sendirinya. Betul tak? Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas. 1. Rasa seronok dan hasilnya buruk 2. Rasa susah dan hasilnya baik RASA SERONOK DAN HASIL BURUK Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan dan amat mudah dilaksanakan. Tengok TV, main game, santai dengan media sosial sambil berada atas sofa, ianya amat mudah sehinggalah kesih

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama