13 MANFAAT KOPI DALAM DIET. Sejak hari pertama saya putuskan untuk hidup secara sihat, saya ambil keputusan untuk tinggalkan minuman manis, gula dan susu pekat saya talakkan dalam minuman saya. Saya tukar minuman kegemaran saya Nescafe beng dan nescafe o beng dengan kopi kosong. inilah amalan yang tak putus saya amalkan sehingga sekarang. Minum kopi kosong. Bermula dengan order Nescafe tanpa gula sehinggalah ke Americano. Kopi adalah benda wajib saya ambik. Saya semasa Obesiti dulu adalah peminat Nescafe Kaw! Mesti lebihkan pahit dari manis susu. Kalau bancuh dirumah saya akan ambik 3 sudu teh nescafe dan 3 sudu makan susu pekat. Setiap hari tanpa henti wajib minima 2 kali. Itulah antara Sebab saya semakin besar dan besar. Kopi membantu sedikit sebanyak dalam proses saya turunkan berat badan. Antara kajian kebaikan kopi adalah. 1. Boleh meningkatkan tahap tenaga. 2. Membantu pembakaran lemak. 3. Dapat meningkatkan prestasi tubuh. 4. Mengandungi nutrien penting (vit
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.