Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cara turunkan berat badan

SAHABAT

MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR

  BIASA MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR Terimbau satu peristiwa Masa tu umur saya kemungkinan besar dalam 23 tahun, sebab masa tu saya masih berniaga burger. Malam tu hari selasa malam rabu. Menjadi rutin masa tu ke masjid assalam pengkalan Chepa utk mendengar kuliah dr seorang ustaz,namanya ingat ingat lupa, tp ingat pengajian kitab Penawar bagi Hati pengarangnya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili. Selepas kuliah saya lepak di kedai minum untuk berborak. Malam tu minum sekali dengan seorang pak cik yang baru dikenali pada malam tu. Pak cik tu umur dalam 50an. Rancak berbual dalam sesi pengenalan tiba tiba pakcik tu tanya umur saya. Kawan kawan lain menyampuk dan suruh pak cik tu teka umur saya. Setelah beberapa kali tekaan pak cik tu akhirnya memohon maaf. Tekaan pertama dia adalah 38tahun! Kawan kawan semua ketawa dan pakcik tu kelihatan kepelikan. Akhir sekali pakcik tu mengalah. Saya bagitahu umur sebenar, dia terkejut besar. Mana tidaknya, masa

7 tips mengatasi Masalah Plateau.

Metabolisma dalam bahasa mudah dan cara memanfaatkannya

Metabolisma, pentingkah untuk menurunkan berat badan. Sebelum saya terangkan isu ini saya nak maklumkan terus, artikel ini akan ditulis dengan bahasa mudah tanpa penjelasan sains yang rumit untuk difahami. Jika kalian nak penjelasan yang ada kajian sains yang berbelit belit sila cari di carian google. Penjelasan saya ini adalah untuk orang yang biasa biasa dan mereka yang benar benar mahu turunkan berat badan. Seringkali kita dengar ayat ini jika kita ingin menurunkan berat badan, boleh dikatakan kesemua guru dalam bidang penurunan berat badan akan sentuh bab ini. Ini menjadikan isu metabolisma ialah salah satu isu yang penting dalam usaha seseorang untuk menurunkan berat badan. Apa sebenarnya Metabolisma ini? saya terangkan cara mudah faham ya.Lebih tinggi kadar Metabolisma anda akan lebih banyak kalori yang dibakar, jadi kadar metabolisma yang tinggi akan membantu proses penurunan berat badan. Apa yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang? Kenapa ada yang tinggi dan ada yang

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan NEKAD SATU PERKATAAN YANG SEPATUTNYA MENUNJUKKAN KESANGGUPAN MELAKUKAN SESUATU WALAU APAPUN YANG PERLU DILALUI.  Sebagai induvidu yang obes hampir separuh dari umurnya, saya faham sangat malah boleh dikatakan pakar dalam masalah nekad ni. Dalam setahun boleh dikatakan  minima 1kali nak turunkan berat badan dan nak miliki tubuh macam kawan kawan yang lain. Kalau zaman sekolah membuak buat perasaan nak kurus masa cuti semesta akhir tahun, kalau boleh masa daftar masuk sekolah nak sangat dapat berat badan ideal, supaya kawan kawan terkejut dengan penampilan baru kita. Bayangkan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5, nekad hanya tinggal bayang sahaja. Kalau semasa selepas sekolah, bulan puasa adalah waktu semangat nak turunkan berat badan berkobar kobar. Mengidamkan dapat pakai baju raya slim fit di surau semasa solat sunat hari raya supaya selepas tu dapat berjumpa kawan kawan yang akan berkumpul bersalaman dan bertanya khabar. Masa ni

Asas Paling Penting untuk turunkan badan

ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian. Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul. Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya. Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.  Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan

Anda Juga Mampu keluar dari obesiti

THE BIG WHY NOT  Jika saya boleh, kenapa tidak kalian? Bila kita tgk orang yang berjaya turunkan berat badan akan ada banyak persoalan yang timbul. Apa lagi jika kita juga berhajat nak turunkan berat badan.  Saya pun sama, kalau ada kawan atau kenalan yang berjaya turunkan berat badan, saya akan soal siasat dia.  Apa dia makan? Ubat apa dia ambil? Makan berapa hari sekali? Dia workout apa? Makan banyak mana?  Berapa lama masa dia ambik? Kita mula jadi wartawan.. setiap sudut urusannya yang kita anggap relevan, kita akan tanya. Betul tak?  Saya pernah ada kenalan masa zaman sekolah dulu, kenal tapi tak pernah bercakap, dia senior 1 tahun dari saya, bila saya tengok selepas cuti penggal akhir tahun dia turun banyak kilogram saya mula tertanya-tanya, saya kuatkan semangat dan jumpa dia. Jadi wartawan, apa yang dia jawab dia main badminton.  Saya tanya banyak perkara tapi apa yang dia tekankan main badminton. Berat badan dia berubah sebab dia main badminton pada musim cuti sek

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama