Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mentaliti

SAHABAT

Metabolisma dalam bahasa mudah dan cara memanfaatkannya

Metabolisma, pentingkah untuk menurunkan berat badan. Sebelum saya terangkan isu ini saya nak maklumkan terus, artikel ini akan ditulis dengan bahasa mudah tanpa penjelasan sains yang rumit untuk difahami. Jika kalian nak penjelasan yang ada kajian sains yang berbelit belit sila cari di carian google. Penjelasan saya ini adalah untuk orang yang biasa biasa dan mereka yang benar benar mahu turunkan berat badan. Seringkali kita dengar ayat ini jika kita ingin menurunkan berat badan, boleh dikatakan kesemua guru dalam bidang penurunan berat badan akan sentuh bab ini. Ini menjadikan isu metabolisma ialah salah satu isu yang penting dalam usaha seseorang untuk menurunkan berat badan. Apa sebenarnya Metabolisma ini? saya terangkan cara mudah faham ya.Lebih tinggi kadar Metabolisma anda akan lebih banyak kalori yang dibakar, jadi kadar metabolisma yang tinggi akan membantu proses penurunan berat badan. Apa yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang? Kenapa ada yang tinggi dan ada yang

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan NEKAD SATU PERKATAAN YANG SEPATUTNYA MENUNJUKKAN KESANGGUPAN MELAKUKAN SESUATU WALAU APAPUN YANG PERLU DILALUI.  Sebagai induvidu yang obes hampir separuh dari umurnya, saya faham sangat malah boleh dikatakan pakar dalam masalah nekad ni. Dalam setahun boleh dikatakan  minima 1kali nak turunkan berat badan dan nak miliki tubuh macam kawan kawan yang lain. Kalau zaman sekolah membuak buat perasaan nak kurus masa cuti semesta akhir tahun, kalau boleh masa daftar masuk sekolah nak sangat dapat berat badan ideal, supaya kawan kawan terkejut dengan penampilan baru kita. Bayangkan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5, nekad hanya tinggal bayang sahaja. Kalau semasa selepas sekolah, bulan puasa adalah waktu semangat nak turunkan berat badan berkobar kobar. Mengidamkan dapat pakai baju raya slim fit di surau semasa solat sunat hari raya supaya selepas tu dapat berjumpa kawan kawan yang akan berkumpul bersalaman dan bertanya khabar. Masa ni

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan Motivasi VS Disiplin Alarm dah berbunyi jam 5 pagi, sayup kedengaran lagu Believer dari Imagine Dragon yang saya set dalam telifon saya sebagai alarm. Perasaan masa tu alangkah baiknya kalau saya teruskan tidur dan biarkan saja AKUJANJI itu berlalu. Nikmatnya tidur dengan suasana dini hari yang sejuk dan menyelesakan. Inilah yang berlaku hampir setiap hari dalam kehidupan saya, malah saya percaya kesemua manusia dan kalian sendiri hadapi hal begini setiap pagi. Ianya tak habis disitu, bilamana kita berjaya melawan perasaan untuk teruskan tidur mulalah episod episod lain seperti nak tengok phone dulu, malas rasanya nak work out dan ianya berterusan setiap saat dan setiap hela nafas. Setiap manusia akan lalui hal ini, walaupun seseorang itu punya motivasi diri yang tinggi. Kerana Motivasi adalah keinginan yang tinggi terhadap sesuatu impian, tapi disiplinlah alat perang yang utama untuk mencapainya. Sebab itu dalam artikel kali ini saya

Asas Paling Penting untuk turunkan badan

ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian. Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul. Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya. Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.  Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan

Nak Bersenam Tapi Tiada Masa, Ini Solusinya

Ramai yang bertanyakan soalan bagaimana mereka nak berworkout sedangkan sibuk dengan kerja dan komitmen lain. Memang mereka nak bersenam tapi kekangan masa menyebabkan ramai diantara kita tak mampu untuk melakukan aktiviti bersenam. Dan ramai yang asbabkan hal itu penyebab berat mereka semakin naik.  Aktiviti bersenam adalah sesuatu yang baik dan digalakan. Kalau anda boleh buat, disarankan minima 3kali seminggu. Ini adalah untuk kesihatan jantung dan tubuh badan secara amnya. Jika anda orang yang sibuk dan tiada masa, mungkin jenis workout seperti berikut amat sesuai.  - lompat tali atau skipping, ianya amat mudah boleh dilakukan didalam rumah dan tidak memerlukan masa yang lama. 10minit dari masa anda seharian amatlah bagus untuk kesihatan anda.  - Tabata, rutin aktiviti ringkas seperti lompat bintang, plank, squat, lari setempat, lompat setempat dan banyak lagi rutin yang hanya mampu dibuat dalam bilik tidur anda. Ambik masa 10minit sehari utk tabata sangat bagus utk kesihatan dan p

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN.

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN. Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya. Bila saya mampu turunkan sehingga 65kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal. Nama teknik ini adalah Pecahan. Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian. Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus. Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling tidak mereka akan jawab boleh tapi susah sikit. Ok sekarang,

Nak Kurus kena ubah tabiat

7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan. Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru. 1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan. 2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Tapi saya secara peribadi dapati sebulan sudah memadai. Tapi terpulang pada kalian, kalau rasa 40 hari maka buat 40 hari. 3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat.

Antara Gadget yang pertama saya beli

Benda pertama yang saya beli untuk kekal bersemangat turunkan berat badan adalah Miband. Kenapa saya beli pada mulanya adalah untuk memantau denyutan jantung saya semasa bersenam atau bersukan. Saya beli miband2 sebelum saya bermain badminton. Masa saya beritahu hasrat saya nak berbadminton saya telah ajak ramai kawan kawan, hampir 90% daripada mereka tak berani nak main badminton kerana risau kena serangan jantung. Masa tu kebetulan ada seorang adun yang meninggal dunia semasa bermain badminton. Kawan kawan saya yang juga senasib saya pada masa tu, dengan berat badan yang berlebihan serta ada masalah tekanan darah tinggi menolak untuk main bersama. Jadi saya agak risau dengan kerunsingan mereka. Ada betulnya, badminton sukan yang agak agresif, dan biasanya dewan dewan yang ada di sekitar kami tidak memiliki sistem pengudaraan yang baik. Jadi saya fikir saya kena berhati hati, maka saya terfikir bagaimana nak atasi masalah tersebut. Saya kena pantau kadar denyutan jantung saya. Jadi sa

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama