6 MUSUH USAHA MENURUNKAN BERAT BADAN 1. Zon Selesa - Ramai mereka yang obesiti berada di zon ini. Mereka dengan berat badan berlebihan masih rasa sihat dan tiada masalah kesihatan. Saya pun begitu, semasa berat 135kg jika ditanya ada penyakit darah tinggi atau tidak saya jawab tidak, walhal Doctor dah diagnos saya punya masalah tekanan darah. Bukan niat nak menipu tapi memang masa itu faham tekanan darah tinggi sebab kurang tidur atau stress di tempat kerja saja. Risiko penyakit dengan obesiti ni bahaya, ianya adakala tidak tunjuk tanda tanda kecil tapi terus merebak kepada isu kesihatan yang besar, ambil contoh abang kandung saya yang dari tak ada apa apa penyakit tiba tiba ada masalah buah pinggang dan strok. Inilah ketakutan yang nyata dengan obesiti. Ianya dapat menarik kesihatan dengan tiba tiba. 2. Ego - Kita tidak mahu akui kita perlukan bantuan atau pemerhatian. Setiap kali semasa saya ke klinik kesihatan disebabkan demam atau sakit kepala semasa menjadi penjawat
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.