OBESITI DAN DENGKUR, KOMBINASI YANG MUNGKIN MEMBAWA MAUT. Post kali ini ditujukan kepada pasangan individu yang obesiti terutamanya. Untuk mereka yang obesiti juga bagus untuk menelaah isu ini dan mengambil tindakan. Jika pasangan kalian obesiti dan berdengkur dengan kuat. Wajib periksa tidur meraka! Mereka mungkin ada masalah besar yang boleh membawa maut dalam tidur. Jika pasangan kalian ada masalah masalah diatas, saya sarankan kalian periksa tidur meraka untuk malam ini. Ini kerana mereka mungkin menghidapi masalah Obstructive Sleep Apnea atau OSA Apa itu OSA? - OSA adalah masalah tidur dimana induvidu yang menghidapinya akan berhenti bernafas ataupun bernafas dengan kadar yang sedikit ketika tidur. Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan Angin ahmar. - Kebiasaanya mereka yang menghidapi OSA tidak mengetahui status mereka, kerana masalah mereka berlaku dalam tidur yang mereka tidak perasan
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.