TEKNIK PALING SIMPLE NAK TURUNKAN BERAT BADAN. TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN TEKNIK PECAHAN. Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya. Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal. Nama teknik ini adalah Pecahan. Sila baca hingga habis kerana teknik ini amat membantu dan akan memberi impak positif jika kalian amalkan untuk mencapai apa saja matlamat kalian. Setiap kita ada impian, malah kita punya impian yang besar. Kalau tanya mereka yang obesiti mereka mesti jawab mereka nak turunkan berat badan ke BMI yang normal. Walaupun berat mereka 150kg pun mereka tetap ada hasrat nak kurus. Sekarang cuba tanya mereka, boleh tak nak turunkan berat badan sebanyak 80kg? Mesti mereka akan jawab mustahil atau paling
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.