Ramai yang tangguh usaha mereka nak turunkan berat badan sebab mereka rasa dan yakin satu masa nanti mereka akan mula jaga makan dan bersenam. Mereka rasa akan tiba masanya NANTI mereka akan melakukan usaha untuk keluar dari obesiti. Ya, itu yang mereka fikir dan rancang. Sehinggakan tubuh akhirnya makin besar dan paling sedih, kesihatan mereka telahpun terjejas. Lebih buruk mereka merisikokan kehidupan mereka dan orang yang mereka sayang dengan angan NANTI akan berusaha. Saya tak kata orang lain. Saya dulunya macam nilah. Sebab tu badan yang tak cecah 100kg telah membesar sehingga 150kg. Tapi inilah kebenaran. Sikap menangguh akhirnya buat saya kurang sihat, ada masalah kesihatan yang bukan sahaja menyusahkan saya tapi insan sekeliling saya. Ini juga berlaku kepada ramai individu diluarsana. Walaupun niat dan hasrat yang ada itu bagus. Ianya juga merupakan satu sebab kalian jadi semakin besar dan semakin merisikokan diri kalian. Ya, sebab kalian rasa satu ha
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.