7 CHECKLIST NAK BERMULA TURUNKAN BERAT BADAN . 1. TIMBANG BERAT BADAN Ramai yang bermula tanpa tahu berapa berat badan mereka ketika bermula. Dengan mengetahui berat badan sekarang akan memudahkan kita memantau progress penurunan berat badan. 2. BERMULA DENGAN UBAH CARA PEMAKANAN. Ramai antara kita bila datang seruan supaya turunkan berat badan akan terus ingat perlu ke taman untuk berjoging atau ke gym. Sebenarnya perkara paling penting adalah dengan mulakan jaga makan. Malah formula penurunan berat yang popular mengatakan penurunan berat badan adalah 80% pemakanan dan hanya 20% aktiviti bersenam. 3. BERHENTI ATAU KURANGMAN SECARA PERLAHAN GULA DALAM MINUMAN. Mungkin kalian dah banyak kali dengar tentang bahaya gula, tapi saya nak kongsikan dari sudut lain. Gula adalah satu sumber kalori yang padat. 1 sudu teh gula sahaja bersamaan 16 kalori. Katakan kalian ambik 3 sudu gula dalam teh kalian, ianya dah jadi 48 kalori. Ianya sangat tinggi dan tidak berbaloi.
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.