Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tips turunkan berat badan

SAHABAT

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.  1.  Lebih cepat anda bermula lebih awal kalian kecapi kejayaan.  2. Sempat dapat penurunan yang banyak sebelum raya. Dapat pakai baju raya idaman tanpa susah nak cari saiz.  3. Penurunan lebih senang. Sebab kalau kalian tangguh berat kalian akan semakin naik. Lebih banyak yang perlu di turunkan, lagi susah.  4. Lebih muda, lebih cantik lebih cerah. Bukan setakat dapat penurunan berat badan, tapi lebih dari tu.  5. Lebih bahagia dan lebih sihat. Semestinya. Dengan tubuh yang mengecil dari saiz sekarang. Keadaan organ penting akan lebih optimum. Dan dengan itu, kalian akan lebih bahagia.  Lagi lagi bila kalian dapat nikmati hari raya bersama keluarga dengan tiada had kebiasaan seperti susah cari baju, bergambar kena menyorok belakang orang lain, dan keyakinan diri kalian meningkat.  Bayangkan kenikmatan ini kalian akan kecapi raya nanti.  Kalian mungkin terfikir, kalian susah nak lak

Salah Faham Yang Merugikan Masa dan Usaha Orang Gemuk

RAMAI YANG OBES YAKIN BILA BULAN PUASA BOLEH TURUN SAMPAI 20KG.  Inilah kepercayaan saya dulu! Dan saya yakin, ramai yang membaca pun macam saya. Kan? Bila tiba ramadan, yakin bulan puasa akan berjaya turunkan sebanyak tu! Walhal ianya adalah mustahil.  Saya nak sedarkan kalian 8 bulan awal sebelum raya. Bulan ni, sekarang kalau kalian usaha dan dapat hanya 2-4kg sebulan. Kalian cuba kira dengan gunakan jadual dibawah. Cuba bayangkan berapa berat badan kalian di hari raya nanti? Dah berapa kg nanti? Mesti makin kecil dan semua orang terkejut!  Jom usaha sekarang! Jangan tangguh lagi. Buat santai santai je.  Tak tahu nak buat macamana? Nak saya bantu? Nak ada team yang sematlamat dan buat sama sama? Boleh sertai saya dalam Misi Ubah Raya!  Selama 8 bulan saya bimbing dan pantau kalian.  Sepertimana saya bantu Puan Cheffa.  Cuba tengok apa yang puan Cheffa tulis dibawah. Cabaran misi raya puan Cheffa hanya 6 bulan. Dan beliau berjaya turun lebih kurang

4 Kesilapan Bagi Mereka Yang Baru Bermula Turunkan Berat Badan

4 KESILAPAN SIMPLE DILAKUKAN TANPA SEDAR OLEH MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. 1. Timbang setiap hari 2. Sangka bersenam yang turunkan berat badan 3. Perlu ada kelengkapan yang cukup. Kena ada roti wholemeal, beras perang, garam pink, stevia, lakanto, Treadmill, set gym, basikal dan macam macam lagi.  4. Sangka perubahan berlaku dengan cepat.  TIMBANG SETIAP HARI.  Kecuali kalian ada aim tertentu seperti nak masuk pertandingan atau menghadiri temuduga. Aktiviti menimbang berat setiap hari adalah perkara yang kurang baik, walaupun ianya tak lah salah. Penimbang kalian, itu hak kalian.  Cuma aktiviti ini memberi tekanan extra kepada kalian. Ingat, berat kita terlampau fleksibel dan kenaikan berat badan bukanlah semata mata kenaikan lemak.  Tips timbang berat badan disini - https://youtu.be/HlIRmKGR334 BERSENAM BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Ramai antara individu yang nak turunkan berat badan bila ditanya apakah yang dapat menurunkan berat badan, mer

Kenapa Berat Badan Mudah Naik Tapi Susah Turun

KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK 2KG DALAM MASA SEHARI?  Berapa berat badan kalian kemarin? Dan berapa pula hari ni? Berat badan kita tidaklah statik sepanjang masa. Ianya berubah ubah.  Kenapa berat saya naik 2kg hanya dalam masa sehari? Kemarin 70 hari ni 72kg. Bukan ke pengiraan 7700 kalori yang terkumpul baru jadi 1kg? Semalam tak makan sampai 14400 kalori pun.  14400 kalori? Atau bersamaan 23 Spicy Chicken Mcdeluxe. Tapi kenapa berat pagi ni 72kg!  Inilah misteri berat badan . Walaupun sebenarnya ada penerangan yang telah dikaji oleh pakar kenapa hal ini berlaku.  Ramai yang kurang faham dalam hal ini, yang akhirnya menyebabkan mereka berputus asa. Lagi lagi yang tengah buat usaha penurunan berat badan. Mana taknya, nak turun 1kg ambil masa seminggu ke sebulan. Nak naik 2kg sehari pun boleh.  Sebenarnya 2kg yang naik bukanlah kalori yang disimpan sebagai lemak keseluruhannya. Adalah mustahil untuk seseorang menyimpan semua kalori yang dia makan dalam seharian sebagai lema

7 tips mengatasi Masalah Plateau.

Metabolisma dalam bahasa mudah dan cara memanfaatkannya

Metabolisma, pentingkah untuk menurunkan berat badan. Sebelum saya terangkan isu ini saya nak maklumkan terus, artikel ini akan ditulis dengan bahasa mudah tanpa penjelasan sains yang rumit untuk difahami. Jika kalian nak penjelasan yang ada kajian sains yang berbelit belit sila cari di carian google. Penjelasan saya ini adalah untuk orang yang biasa biasa dan mereka yang benar benar mahu turunkan berat badan. Seringkali kita dengar ayat ini jika kita ingin menurunkan berat badan, boleh dikatakan kesemua guru dalam bidang penurunan berat badan akan sentuh bab ini. Ini menjadikan isu metabolisma ialah salah satu isu yang penting dalam usaha seseorang untuk menurunkan berat badan. Apa sebenarnya Metabolisma ini? saya terangkan cara mudah faham ya.Lebih tinggi kadar Metabolisma anda akan lebih banyak kalori yang dibakar, jadi kadar metabolisma yang tinggi akan membantu proses penurunan berat badan. Apa yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang? Kenapa ada yang tinggi dan ada yang

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan

Benarkah kalian sudah nekad Nak Turunkan Berat Badan NEKAD SATU PERKATAAN YANG SEPATUTNYA MENUNJUKKAN KESANGGUPAN MELAKUKAN SESUATU WALAU APAPUN YANG PERLU DILALUI.  Sebagai induvidu yang obes hampir separuh dari umurnya, saya faham sangat malah boleh dikatakan pakar dalam masalah nekad ni. Dalam setahun boleh dikatakan  minima 1kali nak turunkan berat badan dan nak miliki tubuh macam kawan kawan yang lain. Kalau zaman sekolah membuak buat perasaan nak kurus masa cuti semesta akhir tahun, kalau boleh masa daftar masuk sekolah nak sangat dapat berat badan ideal, supaya kawan kawan terkejut dengan penampilan baru kita. Bayangkan dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5, nekad hanya tinggal bayang sahaja. Kalau semasa selepas sekolah, bulan puasa adalah waktu semangat nak turunkan berat badan berkobar kobar. Mengidamkan dapat pakai baju raya slim fit di surau semasa solat sunat hari raya supaya selepas tu dapat berjumpa kawan kawan yang akan berkumpul bersalaman dan bertanya khabar. Masa ni

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan

3 tips membina Disiplin untuk turunkan berat badan Motivasi VS Disiplin Alarm dah berbunyi jam 5 pagi, sayup kedengaran lagu Believer dari Imagine Dragon yang saya set dalam telifon saya sebagai alarm. Perasaan masa tu alangkah baiknya kalau saya teruskan tidur dan biarkan saja AKUJANJI itu berlalu. Nikmatnya tidur dengan suasana dini hari yang sejuk dan menyelesakan. Inilah yang berlaku hampir setiap hari dalam kehidupan saya, malah saya percaya kesemua manusia dan kalian sendiri hadapi hal begini setiap pagi. Ianya tak habis disitu, bilamana kita berjaya melawan perasaan untuk teruskan tidur mulalah episod episod lain seperti nak tengok phone dulu, malas rasanya nak work out dan ianya berterusan setiap saat dan setiap hela nafas. Setiap manusia akan lalui hal ini, walaupun seseorang itu punya motivasi diri yang tinggi. Kerana Motivasi adalah keinginan yang tinggi terhadap sesuatu impian, tapi disiplinlah alat perang yang utama untuk mencapainya. Sebab itu dalam artikel kali ini saya

Asas Paling Penting untuk turunkan badan

ASAS PALING PENTING YANG PERLU DIKUASAI UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Artikel ini akan memberi kalian pencerahan bagaimana saya mampu berjaya sedangkan saya telah gagal banyak kali. Memahami artikel ini dengan baik dan mengamalkan saranan yang saya berikan akan memastikan kalian juga mampu kurus. Percayalah. Teruskan pembacaan kalian. Fundamental kepada penurunan berat badan biasanya coach dan pakar dietetik akan terangkan pasal pengambilan dan pembakaran kalori. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang betul. Seseorang akan jadi kurus atau gemuk bergantung kepada pemakanan dan aktiviti harian mereka. Fakta ini adalah sangat konkrit dengan pembuktian sains dan berdasarkan pengalaman mereka yang dah berjaya. Saya sebagai contoh berjaya turunkan 65kg dalam masa setahun juga mengamalkan fakta diatas. Tiada anasir lain seperti ubat kurus.  Cuma, fakta diatas terlalu mentah untuk dihadam oleh mereka yang nak berubah. Mereka tahu asas dan fakta tapi kenapa mereka gagal? Percubaan demi percubaan

Manfaat kopi untuk turunkan berat badan

13 MANFAAT KOPI DALAM DIET. Sejak hari pertama saya putuskan untuk hidup secara sihat, saya ambil keputusan untuk tinggalkan minuman manis, gula dan susu pekat saya talakkan dalam minuman saya. Saya tukar minuman kegemaran saya Nescafe beng dan nescafe o beng dengan kopi kosong. inilah amalan yang tak putus saya amalkan sehingga sekarang. Minum kopi kosong. Bermula dengan order Nescafe tanpa gula sehinggalah ke Americano. Kopi adalah benda wajib saya ambik. Saya semasa Obesiti dulu adalah peminat Nescafe Kaw! Mesti lebihkan pahit dari manis susu. Kalau bancuh  dirumah saya akan ambik 3 sudu teh nescafe dan 3 sudu makan susu pekat. Setiap hari tanpa henti wajib minima 2 kali. Itulah antara Sebab saya semakin besar dan besar. Kopi membantu sedikit sebanyak dalam proses saya turunkan berat badan. Antara kajian kebaikan kopi adalah. 1. Boleh meningkatkan tahap tenaga. 2. Membantu pembakaran lemak. 3. Dapat meningkatkan prestasi tubuh. 4. Mengandungi nutrien penting (vit

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama