Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

Turun 10kg sebulan. logik vs mitos

PENURUNAN 10KG DALAM MASA SEBULAN. LOGIK ATAU MITOS. Penurunan berat badan adalah sesuatu yang ramai dikalangan kita impikan. Malah impian kita sangat besar sehinggakan kalau boleh nak penurunan berlaku dengan banyak dalam masa yang singkat. Malah kerana impian nak banyak penurunan berlakulah sebenarnya punca utama proses itu gagal. Mitos atau logik nak buat 10kg dalam masa sebulan? Sebenarnya ianya boleh berlaku. Penurunan saya pada bulan pertama pada 2017 dulu pun 10kg. Malah pada bulan januari 2020 peserta Cabaran Turun berat badan Jom Mula Siri 1 berjaya turunkan 10kg selama sebulan. Bukan seorang tapi Empat orang yang buat penurunan dari 9.4kg hingga 10.5kg. Tapi adakah ini satu tanda aras semua orang mampu buat 10kg penurunan sebulan? Jawapannya ada 2. Sila baca dan faham yer. 1. Penurunan 10kg berlaku biasanya pada induvidu yang baru bermula proses turunkan berat badan. Meraka yang baru bermula fasa 1 amat mudah turun sebanyak 10kg, malah ada yang lebih. Ini bergantung pada bera

Nak Kurus kena ubah tabiat

7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan. Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru. 1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan. 2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Tapi saya secara peribadi dapati sebulan sudah memadai. Tapi terpulang pada kalian, kalau rasa 40 hari maka buat 40 hari. 3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat.

5 Tips kekalkan berat badan di Aidilfitri

Tahniah kerana ramai yang pm saya menyatakan mereka dah berjaya turunkan sehingga 5kg dalam bulan puasa dengan mengamalkan tips dari saya baru baru ni. Penurunan kilogram pada permulaan usaha menurunkan berat badan adalah sangat penting. Jika penurunan ini dijaga dan dihargai, penurunan seterusnya akan lebih mudah dan baik. Jika ianya gagal dijaga, nak kumpulkan semangat pulak akan jadi sukar. Sehubungan dengan itu, 1 syawal akan jadi satu masalah besar. Dah berjaya turunkan 5 kg, tiba tiba syawal menjelma dengan hidangan tradisional keluarga yang kita akan nikmati setahun sekali. Ini cabaran besar! Jadi saya berikan 5 tips untuk makan dengan bijak semperna hari raya yang bakal tiba. 5 tips ini jika diamalkan pasti semangat penurunan berat badan kalian akan kekal. Nasihat ini amat PENTING! Moga kalian dapat dengar sampai akhir dan mengamalkan tips ini di hari raya nanti.

Kenapa Malas bersenam dan 6 Tips untuk mengatasinya.

Kenapa Malas bersenam dan 6 Tips untuk mengatasinya. Bersenam, sesuatu yang tampak hebat dan banyak kebaikan. Semua orang tahu termasuk kaliankan. Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tapi banyak perkara lain dan yang palin utama adalah bersenam dapat memberi kesihatan yang baik kepada tubuh, minda dan seterusnya kehidupan kita. Malah penemuan sains membuktikan dengan bersenam kita boleh bahagia, hormon endorphins yang akan membuatkan kita berasa hebat, bahagia dan sangat positif. Sains membuktikannya, malah kaitan hormon dengan senaman sangat banyak dan kesemuanya amat membantu kalian jadi insan yang hebat. Walaupun dengan semua kebaikan diatas, senaman bila nak dibuat adalah sesuatu yang amat berat. Tak seindah kebaikan yang dijanjikan. Saya juga alami perkara yang sama. setiap kali nak bersenam MALAS akan membesar dalam diri, menguasai diri sehinggakan kita selalu kalah. Betul tak? Begitulah lumrah dunia dan aturan kehidupan, sesuatu yang baik perlukan pengorbanan. Dan untuk b

Tips untuk Konsisten

Tips untuk Konsisten Konsisten adalah antara asas kejayaan. Saya tahu semua orang malah kalian pun yakin dan percaya dengan fakta ini. Konsisten atau istiqamah adalah satu perbuatan yang akan mendatangkan hasil, samada baik atau buruk. Ya sama ada buruk atau baik. Cuba ingat apakah perbuatan yang kalian lakukan setiap hari dan apakah impaknya pada kalian sekarang. Kalau kalian ada masalah Obesiti sekarang, apakah perbuatan yang kalian buat setiap hari dalam masa setahun lepas? Tentunya makan sepuas hati dan bertambah tambah kan? Tiada sesuatu yang berlaku tanpa penyebab. Mana mungkin kalian obes hari ni dengan secara tiba-tiba. Semalam 70kg, bangun pagi tadi terus jadi 135kg. Mustahil! Kita hari ini adalah kerana apa yang kita buat secara konsisten sebelum ini. Nampak tak? Jelaskan? Jadi untuk mencapai matlamat untuk kurus, kalian perlu, malah wajib baiki perkara yang menyebabkan kalian obes dan lakukannya secara konsisten. Tapi Konsisten untuk perkara untuk kebaikan ni bukanlah semud

Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting

Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting untuk mereka yang baru bermula. Bagaimana menggunakan kaedah Intermittent Fasting untuk turunkan berat badan / Berpuasa untuk turun berat badan Menggunakan kaedah Interminttent Fasting atau Puasa berkala untuk menurunkan  berat badan adalah satu kaedah yang berkesan dan sangat efektif. Dalam artikel ini anda akan belajar bagaimana ianya bertindak dan mengapa ianya sangat berkesan. Ini apa yang akan saya terangkan: Apa itu Interminttent Fasting atau Puasa Berkala 5 Sebab mengapa Intermittent Fasting amat bekesan untuk turunkan berat badan Cara mudah untuk anda amalkan Apa itu Interminttent Fasting / Puasa Berkala? Intermittent Fasting/Puasa Berkala adalah jadual ringkas bagi menentukan masa bagi sistem penghadaman anda rehat dari berkerja. Interminttent fasting ada pelbagai kaedah dan antaranya adalah 2 yang paling Popular. Method 16/8 - Leangains Protocol daripada Martin Be

7 Kelebihan Mengamalkan Amalan Pemakanan Mengikut Meal Plan

7 Kelebihan Mengamalkan Amalan  Pemakanan Mengikut Meal Plan Dalam Kehidupan Seharian Malaysia mempunyai purata rakyat berlebihan berat badan yang paling tinggi setanding dengan negara luar seperti Amerika Syarikat & Eropah. Obesiti berlaku disebabkan percambahan restoren makanan segera seperti Kecntucky Fried Chicken (KFC) dan Mcdonald.  Walaubagaimanapun, perkara utama yang menyumbang kepada obesiti ialah ketidakseimbangan pengambilan nutrien dalam pemakanan. Rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tidak sihat disebabkan oleh kesibukan dalam urusan kerja harian. Lama-kelamaan, ianya menjadi tabiat buruk dan menyebabkan obesiti berlaku tanpa disedari.  Untuk mendapatkan semula rentak pemakanan sihat, anda seharusnya bermula dengan meal plan. Meal plan ialah satu pelan pemakanan yang mempunyai nutrien seimbang dan memenuhi keperluan harian tubuh badan.  Berikut ialah 7 Kelebihan Mengamalkan Amalan Pemakanan Mengikut Meal Plan Dalam Kehidupan Seh

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama