Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

Bagaimana Nak Turunkan 30kg Berat Badan

Nak turun 30kg? Belajar dulu caranya. Bagaimana?  Sebenarnya, proses nak turunkan berat badan adalah sifir matematik. Kerana ianya melibatkan angka. Katakan kalian seperti puan zaliza dalam gambar ni. Dapat turun 20kg. Jadi apa yang perlu kalian belajar? Pertama belajar bagaimana turunkan 1kg. Ini asas. Lepas tu konsisten buat ilmu turun 1kg tu sehinggalah kalian dapat berat badan normla. Bagaimana Cara turunkan 1 kg berat badan anda. Ini antara jalan jalan yang ada banyak di luar sana. 1. Buang atau kurangkan pengambilan gula putih dalam minuman. 2. Baiki tabiat makan kalian. Contohnya, jika kalian makan bertambah, tinggalkan tabiat tambah nasi.  3. Banyakkan aktiviti berjalan. Ya hanya berjalan. Jangan bermalasan.  4. Konsisten lakukan tambah baik hal hal diatas dan banyak lagi. Ingin panduan dan formula bagaimana saya dan ramai yang saya bimbing dapat turunkan berat badan?  Dapatkan formula dan sokongan khas untuk usaha kalian turunkan berat badan dengan Mi

Usaha Nak Kurus. Susah dan Akhirnya Putus Asa.

APA BILA KITA RASA PENAT BERUSAHA TURUNKAN BERAT BADAN. INGATLAH!!! Ini satu yang sangat biasa bagi setiap individu yang obesiti. Rasa penat dengan segala usaha yang dibuat. Asyik kena jaga makan.  Asyik kena aktifkan diri.  Sedangkan dulu, nak makan apa pun tak kisah, nak makan banyak mana pun tak ada hal, tak perlu fikir nak keluar rumah berpeluh dengan aktiviti. Semuanya sedap. Senang dan mudah.  Tapi bila buat keputusan nak turunkan berat badan, kehidupan penuh cabaran. Nak makan kena tahan nafsu, nak bermalasan layan fon terfikir langkah belum cukup 10,000. Haishhhh bosan!!!!!  Saya alaminya, saya tahu dan faham situasi ni secara jelas. Sebab saya obesiti dari sekolah lagi. Cubaan beratus kali gagal sebab hal ni. Kita fed up!  Tapi saya disini nak bagitahu dengan jelas satu perkara.  Kenapa setiap kali kita give up, hasrat nak turunkan berat badan tu datang balik? Kerana kita sedar satu perkara! Perkara ini penting dan kita tahu dari sudut paling dalam kesedaran kita,

7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK.

7 LANGAH MEMUPUK TABIAT BARU YANG BAIK.  Percayalah kejayaan menurunkan berat badan adalah berkait lansung dengan tabiat seseorang. Malah ada yang berpendapat jika seseorang yang obesiti mampu mengubah 1 tabiat mereka pun, mereka dah boleh turunkan berat badan.  Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pupuk atau membina tabiat baru yang lebih baik. Dan yakinilah proses ini amat sukar. Kerana mengikut kajian sesuatu tabiat tidak boleh di padam dalam diri seseorang. Ianya hanya boleh diganti dengan tabiat baru.  1. Fokus membina satu tabiat sahaja dalam satu satu masa. Bila kalian fokus hanya kepada 1 tabiat, kalian memberi seluruh tumpuan dan tenaga hanya pada satu perkara. Ini lebih memudahkan.  2. Paksa lakukan setiap hari tabiat baru dalam masa 30hari. Ada yang kata 40 hari, ada yang kata 66 hari. Pilih yang mana kalian rasa percaya. Insyaallah, jika buat dalam masa sebulan pun dah dapat impak konsisten.  3. Bina tabiat dengan matlamat yang tepat. Jangan bina Matlamat ba

15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN.

TURUNKAN BERAT BADAN MENJELANG RAMADAN SIRI 5.  15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN.  Seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan. Didoakan semoga kita semua diberi kesempatan untuk mengharungi bulan rahmat sekali lagi pada tahun ini.  Antara Ajaibnya Ramadan. Sesiapa sahaja, dengan masalah makan macamana pun bila tiba bulan puasa. Mereka boleh menahan makan dan minum dari sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Hebatkan, yang selama ni tak boleh tinggal sarapan, yang tak boleh tinggal nasi tengahari, yang hantu nescafe semua boleh taat dalam satu hari jea.  Begitulah kehebatan kita manusia dalam mentaati apa yang kita percaya. Padahal kalau hari biasa mau lapar dan dahaga macam nak mati.  Jadi hari ni saya nak kongsi tips bagaimana dengan bulan puasa ni kita bukan sahaja dapat pahala taat perintah tapi boleh juga dapat penurunan berat badan dari obesiti malah insyaallah dapat kesihatan yang lebih baik.  Jom tanpa buang masa lagi. 

MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR

  BIASA MEREKA YANG OBESITI NAMPAK TUA BERBANDING USIA SEBENAR Terimbau satu peristiwa Masa tu umur saya kemungkinan besar dalam 23 tahun, sebab masa tu saya masih berniaga burger. Malam tu hari selasa malam rabu. Menjadi rutin masa tu ke masjid assalam pengkalan Chepa utk mendengar kuliah dr seorang ustaz,namanya ingat ingat lupa, tp ingat pengajian kitab Penawar bagi Hati pengarangnya Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili. Selepas kuliah saya lepak di kedai minum untuk berborak. Malam tu minum sekali dengan seorang pak cik yang baru dikenali pada malam tu. Pak cik tu umur dalam 50an. Rancak berbual dalam sesi pengenalan tiba tiba pakcik tu tanya umur saya. Kawan kawan lain menyampuk dan suruh pak cik tu teka umur saya. Setelah beberapa kali tekaan pak cik tu akhirnya memohon maaf. Tekaan pertama dia adalah 38tahun! Kawan kawan semua ketawa dan pakcik tu kelihatan kepelikan. Akhir sekali pakcik tu mengalah. Saya bagitahu umur sebenar, dia terkejut besar. Mana tidaknya, masa

4 Kesilapan Bagi Mereka Yang Baru Bermula Turunkan Berat Badan

4 KESILAPAN SIMPLE DILAKUKAN TANPA SEDAR OLEH MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. 1. Timbang setiap hari 2. Sangka bersenam yang turunkan berat badan 3. Perlu ada kelengkapan yang cukup. Kena ada roti wholemeal, beras perang, garam pink, stevia, lakanto, Treadmill, set gym, basikal dan macam macam lagi.  4. Sangka perubahan berlaku dengan cepat.  TIMBANG SETIAP HARI.  Kecuali kalian ada aim tertentu seperti nak masuk pertandingan atau menghadiri temuduga. Aktiviti menimbang berat setiap hari adalah perkara yang kurang baik, walaupun ianya tak lah salah. Penimbang kalian, itu hak kalian.  Cuma aktiviti ini memberi tekanan extra kepada kalian. Ingat, berat kita terlampau fleksibel dan kenaikan berat badan bukanlah semata mata kenaikan lemak.  Tips timbang berat badan disini - https://youtu.be/HlIRmKGR334 BERSENAM BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Ramai antara individu yang nak turunkan berat badan bila ditanya apakah yang dapat menurunkan berat badan, mer

Nak Turunkan Berat Badan, Perlukah Cheatday dan Restday

REHAT DAN CHEATDAY. SEBAHAGIAN DARI USAHA TURUNKAN BERAT BADAN.  Dalam keterujaan kita nak turunkan berat badan jangan lupa bagi masa tubuh untuk rehat yea. Sebab salah satu proses dalam penurunan berat badan adalah rehat.  Kenapa rehat termasuk dalam salah satu proses sedangkan ia satu aktiviti yang tak membakar kalori?  Rehat adalah proses penyembuhan. Bila kita bersenam, otot dan minda kita akan stress dan stress seperti sedia maklum tak baik dalam proses ni. jadi rehat akan beri masa ia kembali berfungsi secara optimum. Malah otot bukan sahaja rehat tapi melalui proses penyembuhan otot itu sendiri.  Macamana nak rest? Ianya bukan hari kalian hanya tidur atau terbaring tengok netflix. Tapi hari kalian tidak terikat dengan jadual. Minda kalian tak terbeban dengan 'nak kena bersenam'  Malah ada satu rule saranan yang baik pada hari rest. Rule 30-3. Untuk 30minit kalian duduk ambil masa 3 minit untuk bangun dan berjalan dalam rumah. Untuk memudahkan rule ni jam pin

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama