Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

Nak Kurus Kena Taati Hukum Masa

Nak Berjaya Turunkan Berat Badan Kena Taat Hukum Masa.  Hakikatnya ramai yang gagal dalam usaha mereka nak turunkan berat badan adalah kerana hal ni.  Dulu semasa saya gagal dari zaman sekolah sehinggalah ada 4 orang anak disebabkan saya ingkar hukum masa ni.  gambar family tahun 2007 gambar family 2023 Apa itu Taat Hukum Masa?  Sebelum tu akui dulu satu fakta ni. Kalian bila rasa kena turunkan berat badan mulalah terfikir kalian kena usaha. Ada yang mula aktiviti jogging dan ada yang mula beli roti wholemeal.  Dan dalam sudut hati kalian, kali ni mesti jadi. Yakin dan nekad. Tapi akhirnya gagal untuk sekian kalinya. Sebab?  Kalian NAK angka penurunan mengikut KEHENDAK kalian.  Kalian ukur jogging dah 3km hari ni, mesti turun sekurangnya 1kg atau lebih. Tapi bila naik penimbang angka tak turun. Kalian mungkin boleh sabar.  Seminggu selepas itu setelah dah jogging 3kali dan dah rasa makan roti wholemeal atau ganti nasi dengan biskut. Kalian naik penim

6 TIPS MENGAWAL STRESS DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.

6 TIPS MENGAWAL STRESS DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.  Usaha ini bukan mudah, ternyata akan ada banyak halangan dan cabaran. Secepat mungkin kalian terima hakikat ini, insya-Allah makin cepat kalian dengan kejayaan Turunkan Berat Badan Setiap antara kita kebiasaannya akan memiliki impian yang sama, mahukan kebahagiaan, kesihatan dan punya kewangan yang kukuh. Ini antara 3 perkara yang semua antara kita inginkan.  Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan inilah antara sebab ramai antara kita berusaha setiap hari untuk memilikinya. Usaha yang bukan sedikit, usaha yang berpanjangan dan usaha yang meletihkan perlu dilakukan bagi mengejar 3 impian setiap insan ini.  Ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya tiada istilah bebas stress dalam usaha ini. Hanya yang ada bagaimana kita mengawal stress tersebut.  Tuan puan, perjalanan saya sendiri tidak sempurna. Dalam perjalanan saya hilang 65kg tidaklah berlaku secara sempurna. Ini hakikatnya, ada masa berat ditimbangan lansung

Jangan Tangguh Berubah

Ramai yang tangguh usaha mereka nak turunkan berat badan sebab mereka rasa dan yakin satu masa nanti mereka akan mula jaga makan dan bersenam.  Mereka rasa akan tiba masanya NANTI mereka akan melakukan usaha untuk keluar dari obesiti.  Ya, itu yang mereka fikir dan rancang. Sehinggakan tubuh akhirnya makin besar dan paling sedih, kesihatan mereka telahpun terjejas. Lebih buruk mereka merisikokan kehidupan mereka dan orang yang mereka sayang dengan angan NANTI akan berusaha.  Saya tak kata orang lain. Saya dulunya macam nilah. Sebab tu badan yang tak cecah 100kg telah membesar sehingga 150kg. Tapi inilah kebenaran. Sikap menangguh akhirnya buat saya kurang sihat, ada masalah kesihatan yang bukan sahaja menyusahkan saya tapi insan sekeliling saya. Ini juga berlaku kepada ramai individu diluarsana. Walaupun niat dan hasrat yang ada itu bagus. Ianya juga merupakan satu sebab kalian jadi semakin besar dan semakin merisikokan diri kalian. Ya, sebab kalian rasa satu ha

Dah Cuba Macam Macam Nak Kurus

BUKTI KALIAN JUGA DAH CUBA TURUNKAN BERAT BADAN TAPI KALIAN GAGAL. Saya berani jamin, setiap yang rasa diri overweight atau obesiti pernah sekali dalam hidupnya cuba untuk turunkan berat badan. Malah ada yang setiap tahun memasang azam itu semperna tahun baru atau bila tiba bulan puasa sebab nak raya dengan penampilan baru.  Kalau diikut sifir tahun baru dan raya aidilfitri iaitu 2 kali setahun, maka cubaan saya nak turunkan berat badan mungkin dah 44 kali saya cuba untuk turunkan berat badan semenjak saya tingkatan 3. Tapi saya rasa lebih. Kalau diikutkan niat sahaja mungkin dah beratus atau beribu kali. Sebab niat nak kurus juga boleh datang bila berada di hadapan cermin atau semasa pakai baju yang terasa kecil.  Macamana dengan kalian? Lupa? Ya mesti tiada jumlah tepat kerana niat dan azam tu terlalu banyak sampai terlupa.  Dan saya percaya dalam banyak banyak azam dan niat ada satu ketika kita rasa benar benar nekad. Kita rasa inilah penghujung cerita overweight dan Obe

3 Langkah Memudahkan Usaha Penurunan Berat Badan

 Tak Boleh Dinafikan Turunkan Berat Badan Adalah Impian Besar Mereka Yang Gemuk.  Siapa pun anda, masih bersekolah atau dah berkerja dan berumah tangga. Bila gemuk anda berhajat nak turunkan berat badan. Buktinya? anda setiap tahun akan mengulang azam untuk turunkan berat badan di awal tahun. Malah setiap kali nak raya pun anda percaya boleh turunkan berat badan sedikit semasa berpuasa.  Malah ada yang lebih advance dari itu. Berhabis duit mencari solusi masalah gemuk. Beli suplemen mahal, alatan sukan seperti treadmill dan lebih parah habis duit membeli ubat kurus yang viral. Jika kalian terasa dengan ayat ayat diatas saya harap kalian luangkan masa membaca artikal ringkas yang padat ini. Saya janji ianya adalah kitab rujukan terbaik untuk kalian yang baru nak mula dan insyaALLAH memberi impak kepada usaha kalian selepas ini.  Sebelum itu saya nak cerita ringkas siapa saya. Kenapa kalian kena faham perkongsian saya ni. Jangan risau, saya akan ringkaskan. Saya, Mohamad Faizal Bin Saedo

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN.

TANDA ANDA AKAN GAGAL DALAM USAHA PENURUNAN BERAT BADAN. Saya nak kongsi satu dapatan saya dalam pengalaman saya sendiri turunkan berat badan dan membimbing beratus individu yang ada niat yang sama. Saya sedar ada satu pattern orang yang berjaya dan juga gagal dalam usaha mereka nak turunkan berat badan.  Sebelum tu saya nak maklumkan dahulu, posting ini di tuju kepada kalian yang nak turunkan berat badan tapi masih belum faham mentaliti yang betul.  Ada beberapa tanda sebenarnya, tapi hari ini saya nak bincang satu dahulu. Yang paling besar impak kegagalannya jika ada dalam diri kalian. Jom semak sama sama dan kita cuba baiki sama sama.  MERUNGUT!  Perbezaan orang yang berjaya dan tidak nombor satu ialah merunggut.  Dalam proses penurunan berat badan hakikat yang perlu diterima secara total ialah kita perlu buat sesuatu yang kita tak suka BUAT.  Ini asas perubahan kearah kebaikan. Bukan saja nak kurus, nak berjaya dalam kehidupan pun sama. Kita kena buat perkara yang susah

Cheatday atau Cheatmeal, Perlu atau tidak

Cheatday, Perlu ke?  Banyak perselisihan pendapat dalam hal ni. Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang tidak bagus, ada yang lebih ringan katanya cheatday tak bagus tapi boleh cheat meal.  Ada yang berpendapat ianya sesuatu yang boleh, dan ada yang cakap ianya satu yang bagus.  Apapun pendapat mereka, ia tetap terpulang kepada induvidu itu sendiri. Saya cenderung ianya adalah sesuatu yang bagus.  Kerana dengan cheatday, kita memberi sedikit ruang kepada diri untuk keluar dari pilihan pilihan yang kita tanggungi setiap hari untuk turunkan berat badan.  Maklum tahu, bila kita nak turunkan berat badan pilihan kita amat terhad berbanding kita tak sedar nak baiki kehidupan kita. Makan kita hadkan, pilih yang baik, aktiviti kita banyakkan berbanding bermalasan.  Jadi dengan cheatday kita bebaskan diri kita dari bebanan itu. Tapi harus diketahui, bebanan setiap individu berlainan, jadi ada yang dah menyerap bebanan menjadi rutin, maka mereka orang yang beruntung.  Cuma perlu diin

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama