DIABETES: IBU KEPADA SEGALA PENYAKIT MERBAHAYA. Di Malaysia pada tahun 2019, statistik penghidap penyakit Diabetes atau Kencing Manis adalah seramai 2.5 juta orang. Ia satu trend yang meningkat secara mendadak. Dan antara sebab utama hal ini adalah pengambilan gula putih secara berlebihan setiap hari. Apakah punca berlakunya kencing manis ? Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut: 1. Berlebihan BERAT BADAN atau KEGEMUKAN. 2. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif. 3. Pemakanan - pengambilan makanan yang tidak sihat dan makan secara berlebihan 4. Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. 5. Peningkatan umur. Tanda tanda awal Penyakit Kencing Manis. 1. Kerap rasa dahaga dan kerap buang air kecil - hal ini berlaku kerana lebihan glukosa (gula yang diproses oleh tubuh) membuatkan buah pinggang berkerja dengan kuat untuk memprosesnya. Bila kalian kerap kencing, maka logiklah kalian jug
Blog yang mengumpulkan penulisan pengalaman dan tips bagaimana saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 65kg dan membantu ramai orang melakukan perkara yang sama.