Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS

  NAK TURUNKAN BERAT BADAN KENA IKHLAS Adoi, ada kena mengena ke ikhlas dengan nak kurus? Baca dan anda akan faham. Hari ni saya nak ulas bab ni. Supaya usaha kalian membuahkan hasil. Supaya kalian mampu keluar dari obesiti sepertimana saya telah berjaya.  Percayalah kalian akan benar benar dapat keluar dari berat badan sekarang ke BMI Normal jika kalian IKHLAS dalam usaha menurunkan berat badan. Ok, jom kita ulas apa maksud ikhlas terlebih dahulu. IKHLAS membawa maksud kita memberi atau melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Kalau kita bagi sedekah, kita tak harap orang tu balas dengan apa apa.  Seperti juga dengan nak kurus. Tugas kalian adalah ikhlas dengan proses penurunan berat badan. Kalian dah tahu asas menurunkan berat badan yakni jaga makan dan aktifkan diri.  Jadi, tugas kalian adalah lakukan perubahan tersebut tanpa mengharapkan keputusannya! Pelikkan? Ya agak pelik tapi ini realiti! Cuba ingat kembali kenapa kalian gagal dalam percubaan terakhir kalian nak kurus? Se

Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita

 Kita Gagal Turunkan Berat Badan Disebabkan Mentaliti Kita Saya pernah percaya saya adalah insan yang ditakdirkan untuk gemuk sepanjang hidup saya, malah saya yakin saya akan gemuk sampai saya mati. Saya yakin ramai yang punya kepercayaan seperti saya. Anda pun sama.  Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi. Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila. Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang palin

Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.

 Kenapa Susah Nak Turunkan Berat Badan.  Kenapa susah sangat nak turunkan berat badan? Walhal ada jea setiap hari mereka yang berjaya setelah berusaha dalam satu satu tempoh yang tertentu.  Data ini bukanlah cerapan rasmi. Tapi nisbah mereka yang berjaya dengan mereka yang asyik perbaharui azam nak kurus awal tahun sangat ketara. Mungkin seorang yang berjaya nisbah 99 lagi gagal. Saya sendiri ambil masa 20 tahun lebih mencuba dan gagal.  Untuk memahami kenapa proses nak turunkan berat badan susah kalian kena faham dengan mendalam hal ini terlebih dahulu.  Dalam kehidupan kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan, dan pilihan itu ada dua jenis rasa dan dua jenis hasil yang jelas.  1. Rasa seronok dan hasilnya buruk 2. Rasa susah dan hasilnya baik RASA SERONOK DAN HASIL BURUK  Ini adalah pilihan yang amat mudah untuk dilaksanakan, malah ketika kita membuat keputusan ini kita tidak rasa terbeban lansung untuk berfikir impak atas pilihan tersebut. Pilihan ini kebiasaanya sangat menyelesakan

7 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG

 9 TANDA KALIAN PERLU BERUBAH SEKARANG 1. Baju dan seluar dah rasa tak selesa dipakai. Ketat samada masa berdiri atau duduk. Ramai yang mengalami masalah ini tapi penyelesaian yang mereka ambil adalah dengan mencari baju yang lebih besar. Ini kesilapan utama yang buat mereka lebih selesa dengan tubuh yang besar. 2. Naik tangga tingkat satu pun dah mengah dan tak boleh bercakap sebab kekurangan nafas. Ini satu tanda yang amat merbahaya. Tubuh yang sepatutnya mampu berfungsi dengan baik terjejas kerana berat badan. Beban tubuh, jantung sepatutnya berfungsi secara normal tapi dengan tubuh yang besar kemampuan organ badan menjadi terhad. 3. Berdengkur semasa tidur. Cuba tanya pasangan kalian, kalau kalian dah mula berdengkur ini bermakna kualiti kehidupan kalian makin merosot. Berdengkur merupakan satu tanda kalian mungkin menghadapi masalah tekanan darah tinggi. 4. Selera makan kalian makin besar dan dengan makan sepertimana biasa kalian makan tidak mencukupi. Ini salah satu perubahan y

Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus.

 Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus.  Bagi ramai antara kita, usaha nak turunkan berat badan adalah paling mencabar. Buktinya dah berapa kali kita mencuba, tapi tetap gagal walaupun dah banyak cara, masa dan duit dihabiskan. Ya, kebenarannya ialah nak turunkan berat badan adalah sesuatu yang mencabar.  Dalam penulisan hari ni saya nak imbau pengalaman saya berjaya turun 65kg setelah obes lebih 20 tahun,.bercerita bagaimana saya hadapi cabaran cabaran ini dan moga ia menjadi satu inspirasi buat kalian merealisasikan usaha nak kurus.  Cabaran nombor 1 - Zon Selesa. Cabaran yang ni sangat bahaya. Ramai antara yang obesiti tak sedar pun ini adalah cabaran. Kerana kita merasa selesa dengan keadaan hidup kita sekarang.  Walaupun gemuk, kita tetap rasa kehidupan kita normal seperti orang lain. Baju seluar masih boleh beli, masih boleh berkerja dan berniaga, tak ubah seperti orang lain yang kurus. Jadi kita tak rasa perlu pun nak berusaha turunkan berat badan. Solusi nombor 1

6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN.

 6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. Dalam perkongsian kali ini saya kongsikan 5 perkara yang nampak sangat remeh tapi memberi impak kepada penurunan berat badan, dan fakta ini disokong oleh kajian sains. Jangan terkejut walaupun dikatakan remeh, ramai antara kita tak mampu konsisten untuk mengamalkannya.  Tapi ingin diingatkan, mengamal apa yang saya tulis ini sahaja bukanlah satu kemestian usaha menurunkan berat badan kalian akan tentu berhasil. Tapi 5 perkara ini boleh membantu proses penurunan berat badan.  Untuk melakukan penurunan berat badan dengan cara betul adalah dengan menambah baik kualiti kehidupan kita sekarang. Contohnya mengawal nafsu pemakanan dan digabungkan dengan mengaktifkan diri kalian secara rutin setiap hari.  Jom kita lihat apa 5 perkara yang remeh tapi memberi impak kepada usaha menurunkan berat badan. 1. Minum air Kosong 30 minit sebelum setiap kali makan. - Minum segelas air kosong sebelum makan bukan saja memenuhkan kantung perut dan menja

2 Sebab Paling Besar Gagal Turunkan Berat Badan

 Salah satu tips kejayaan adalah dengan mengetahui punca kegagalan sesuatu usaha. Dengan itu kita mampu bersiap sedia atau lebih tepat menghindari punca kegagalan itu.  Jom semak sama sama dan mungkin kalian boleh elak melakukan kesilapan ini dan gagal sekali lagi. 1. Nak kurus dengan cepat! Ini adalah sebab utama kepada kegagalan usaha penurunan berat badan. Bila seseorang itu berazam nak turunkan berat badan atas faktor kesihatan, kerjaya atau penampilan. Mereka mahu perubahan berlaku dalam masa yang singkat.  Mereka terburu buru nakkan hasil yang membawa kepada cubaan cubaan yang mengarut seperti ambik produk ubat kurus yang viral, beli produk yang dikatakan mampu kuruskan badan dengan cepat, malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk sesi balut tubuh membakar lemak.  Yang akhirnya masa yang sepatutnya mereka singkatan dengan usaha yang betul tersia sia dengan benda mengarut.  2. Manja dan degil! Maaf saya guna ayat ini, tapi teruskan bacaan untuk faham apa sebenarnya maksu

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama