Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

4 Tips Atasi Putus Asa

 PUTUS ASA DALAM USAHA NAK KURUS. Kadang kala hilang arah tuju. Jenuhnya duk nak turunkan berat badan. Turun 1kg naik 2kg.  Sampai bila nak struggle macam ni?  Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit runggutan. Usaha nak turunkan berat badan turun naik dan mereka seolah letih.  Sebagai insan yang dah lalui fasa itu saya sebenarnya faham sangat apa yang mereka lalui. 65kg yang saya berjaya singkir bukanlah sempurna kilo demi kilo. Perjalanan setahun yang saya lalui penuh naik turun dan ada masanya perkataan JENUH keluar juga. Mana tidaknya, kita melanggar kebiasaan kita sendiri. Makan bertambah, makan ikut suka, semua kita tinggalkan dengan persempadanan baru. Proses ini paling susah dan mencabar. Nafsu nak makan benda lain, nafsu nak makan banyak tapi kita kena pilih yang lain demi mengatur balik kesihatan dan tubuh kita.  Cuma dalam jenuh, dalam mencabar saya berjaya. Bukan saya seorang,

Obesiti Adalah Masalah

 OBESITI ADALAH MASALAH. DAN MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Ramai yang obesiti tapi beranggapan ianya tidak membahayakan. Malah ada yang cakap tak apa gemuk asal sihat.  Masalahnya obesiti mudah dilihat dengan mata kasar, tapi keburukan dari obesiti seperti diabetes dan penyakit darah tinggi hanya akan dikesan bila keadaan kesihatan bertambah teruk. Lagi membimbangkan, tiba tiba sahaja buah pinggang serta organ dalaman boleh rosak disebabkan obesiti terlalu lama.  Ingat, obesiti adalah penyumbang kepada penyakit penyakit kronik yang membawa maut. Berapa besar sebenarnya masalah obesiti di Malaysia?  1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia adalah Obesiti. (Rujukan) https://www.sinarharian.com.my/article/24891/SISIPAN/Sinar-Aktif/Isu-obesiti-Malaysia  Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia mengalami obesiti. (Rujukan) https://m.utusan.com.my/rencana/

Senarai Semak Harian Untuk Turunkan Berat Badan

  SENARAI SEMAK HARIAN BAGI MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Bagi mereka yang obesiti dan baru nak bermula. Berikut adalah senarai semak yang kalian kena usahakan buat.  Inilah Fasa pertama saya hilang 65kg! Ianya satu proses yang tidak menekan sangat, sebab kata kuncinya ialah perlahan lahan.  Jika kalian berat 100kg keatas, amalkan senarai ini untuk 1-3 bulan pertama. Percayalah fasa seterusnya akan terjadi dengan sendirinya. Jika ada dalam diri prinsip TAMBAH BAIK DIRI SETIAP MASA.  Cuma dalam misi nak mencapai apa pun kejayaan, KONSISTENSI amat penting. Jika kalian buat semua senarai semak diatas selama 2,3 hari dan akhirnya kembali ke tabiat asal, jangan mimpi nak berjaya.  Fokus dan konsistenlah. Itu kunci kejayaan sebenar. Perlukan team dan pemantauan selama minima 12 bulan untuk kekal fokus dan konsisten? Jom sertai Misi Ubah. Detailnya di https://go.my/misiubah

11 Halangan Minda Untuk Berjaya Kurus

 11 Halangan Minda Untuk Berjaya Kurus 1. Boleh kurus dalam masa singkat. Ini mitos terbesar. Ada yang percaya boleh kurus dalam masa seminggu dua. Malah ada yang lebih teruk dalam masa beberapa hari.  2. Diet maksudnya tak makan. ini salah. Diet untuk turunkan berat badan bermaksud mengatur pemakanan supaya berpada dengan keperluan kita. Bukan kena berlapar dan menahan diri untuk makan.  3. Minum ais batu kosong membuncitkan kerana mengeraskan lemak. Mitos tahap tinggi. Dengan eksperimen lemak makanan membeku sebab kena air sejuk maka ramai percaya.  4. Sit up dapat mengecilkan perut. Squat dapat kecilkan peha. Ini salah faham. Aktiviti bersenam dibahagian tertentu tidak membakar lemak dibahagian tersebut. Ia hanya membina otot dibahagian tersebut.  5. Nak kurus wajib lakukan senaman. Walaupun sebenarnya senaman banyak membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, tapi dengan menjaga pemakanan sahaja pun mampu mengurangkan berat badan kalian. Tapi nak bersenam adalah sesuatu y

Keyakinan Palsu

 Keinginan nak turunkan berat badan bagi mereka yang obesiti, over weight sentiasa ada.  Hasrat nak mulakan jaga makan, nak aktifkan diri untuk jaga tubuh dari semakin besar sentiasa ada.  Harapan nak lebih sihat, tak mengah mengah walaupun bercakap sentiasa bermain dalam minda.  Ya, ini berlaku hampir setiap hari dalam minda kami. Saya selaku insan yang obes fikir setiap hari nak turunkan berat badan. Alasan, sebab atau big why dah kukuh. Tapi kenapa tak mulakan? Kenapa bertangguh sehinggakan berat yang dulu tak cecah pun 100kg akhirnya melebihi 130kg??? ESOK! ini jawapannya. Sentiasa beralasan nak mula esok. Hari ni tak nak lagi. Esok start.  Yang akhirnya esok, bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun. Tubuh makin besar, kesihatan makin terjejas dek kerana ESOK. NEKAD ESOK adalah alasan semata mata. Ia satu ayat yang menyedapkan hati dan memusnahkan impian.  Kenapa kita masih gunakan ESOK sebagai alasan? Sedangkan kita tahu, lebih cepat kita bermula, lebih cep

5 TABIAT YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS

 5 TABIAT REMEH YANG PERLU DIPERBAIKI UNTUK KURUS Kita Gemuk Sebab Tabiat Sedar atau tidak, yang menggemukkan kita sebenarnya adalah tabiat kita.  Rutin harian yang kita amalkan bertahun tahun akhirnya memberi impak iaitu gemuk. Malah bukan itu sahaja, kehidupan tidak seceria dulu, mudah letih, sakit sakit urat saraf, mudah mengah, mudah marah dan selalu rasa tiada tenaga.  Semua berpunca daripada rutin yang kita suka buat.  Jadi hari ni saya nak seru kalian untuk ubah X peel buruk kepada peel baru. Supaya rutin kalian berubah dan akhirnya, memberi impak kebaikan seperti makin kurus, sihat dan bahagia.  Peel buruk 1. Layan media sosial tanpa tujuan sebelum tidur.  Ini adalah salah satu sebab hidup makin sukar. Kualiti tidur yang buruk membawa banyak masalah seperti ketidakseimbangan hormon yang membawa kepada masalah kesihatan dan kegemukan.  Secara perlahan lahan atasi peel buruk ni. Jangan bergantung kepada gadjet untuk menjadi ubat tidur kalian.  2. Buat sesuatu sambil berbaring. Ad

Nak kurus tapi gagal walaupun berhabis RM10,000

 RM10,000 ATAU RM50. MANA LEBIH BERNILAI? Seorang peserta kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan di Bandar Baru Bangi berkongsi satu cerita dengan saya, dia pernah bayar RM10,000 untuk rawatan lansingkan tubuh. Wrap tubuh dengan plastik dan macam macam prosedur. Habis RM10,000 tapi tak kurus kurus.  Malah bukan tu saja, namakan saja produk kurus artis jual, atau program kurus, kem kurus dari harga beratus ratus hingga beribu-ribu dia dah beli dan cuba.  Dia cakap, kalaulah dia tak guna duit duit itu untuk beli produk kurus dan masuk program kurus, rasanya dia dah boleh beli sebiji rumah teres.  Tapi yang menyebabkan saya terharu bila dia cakap, banyak duit duit yang dilaburkan yang paling berbaloi adalah RM50 masa dia bayar untuk Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan di Bandar Baru Bangi. Sebab lepas tu kehidupan dia berubah 360 darjah!  Untuk dapatkan modul yang sama seperti yang dia telah ikuti boleh buat pendaftaran Misi Ubah, kerana dalam misi ini anda bukan saja dapat bimbingan dar

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama