Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

How to Successfully Lose Weight: Tips and Tricks

Many people strive to lose weight and achieve a healthier lifestyle. It can be a challenging process, but with the right mindset and approach, you can succeed in reaching your weight loss goals. In this blog, we will discuss effective strategies and tips for successful weight loss. Setting the Right Mindset One of the first steps in achieving successful weight loss is setting the right mindset. It is essential to have a positive and determined mindset to stay motivated throughout your weight loss journey. Here are some tips to help you develop the right mindset: Believe in yourself and your ability to achieve your weight loss goals. Stay positive and focus on your progress rather than setbacks. Set realistic goals and break them down into smaller, achievable milestones. Practice self-care and self-compassion. Implementing Effective Strategies Aside from having the right mindset, implementing eff

6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi

 6 Langkah Urus Tekanan Darah Tinggi  Pembunuh senyap, itulah gelaran kepada penyakit tekanan darah tinggi. Gelaran ini diberi kerana sifatnya yang menganggu fungsi tubuh dengan perlahan sehinggakan penghidapnya tak sedar tentang masalah ini. Ia adalah penyebab utama serangan strok dan serangan jantung.  Jika kalian telah disahkan menghidapi tekanan darah tinggi, Ini adalah masa yang tepat untuk mula menjaga Kesihatan kalian dengan lebih serius.  Untuk mengurangkan masalah darah tinggi adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tapi dengan perubahan gaya hidup. Tapi saya ingin berpesan, dalam melakukan apa yang saya syorkan, jangan sesekali tinggalkan ubat darah tinggi. Hanya tinggalkan ubat setelah dinasihati oleh doktor anda.  Hal yang paling penting adalah mengubah cara hidup anda secara bersungguh dan nekad.  Sebelum tu mari kita bincang dulu antara bahayanya masalah tekanan darah tinggi.  1. Merosakkan salur darah yang berfungsi membawa keperluan kepada organ. 2. Kerosakan jantung bilam

Beli Baju Sendiri Pun Malu

 YANG TAK PERNAH RASA TAK AKAN TAHU PERASAAN NAK BELI BAJU PUN SEGAN DAN MALU.  Pengalaman saya nak beli pakaian mungkin sama dengan kalian. Saya dari sekolah menengah ada masalah untuk beli baju dan seluar. Semasa tingkatan 4 berat saya dah 90kg.  Saya teringat satu kisah. Saya dan beberapa kawan baik buat satu keputusan untuk ke Padang Bas pada malam raya untuk cari seluar jeans Levi's 501 kepala kain. Masa tu seluar tu trendingla. Kalau di Kota Bharu Padang Bas ni satu tempat yang sangat meriah dan kalau malam raya harga akan diturunkan semurah murahnya.  Kami pergi dalam pukul 11 malam, makin lewat makin murah harganya. Ramai jangan cakap, penuh sampai berhimpit.  Misi bermula dengan singgah setiap kedai untuk survey harga. Hampir setiap kedai yang jual jeans kami masuk dan tanya. Akhirnya kami jumpa kedai paling murah.  Kawan kawan dengan gembira cuba dan terus beli jeans tu. Tiba giliran saya, saiz tak ada. Paling besar ada 32 sedangkan pinggang saya 36 masa tu.  Kawan kawan

Januarilah Baru Start Usaha

 SERBA SALAH NAK MULA SEKARANG. BAIK ENJOY DULU.  Ada berita buruk kalau masih tangguh bulan januari tahun depan.  Percayalah, kalau kalian boleh tangguh sebulan setengah lagi, kalian akan cenderung untuk tangguh sampai bila bila.  Makanya, januari nanti pun tak berubah. Percayalah! Tapi kenapa sebenarnya sebab nak tangguh yer? Cuba fikir kejap.  Walhal, keperluan bermula sangatlah minima Usahanya.  Bukan wajib terus jaga makan, buat diet tertentu, bersenam atau ke gym. Ianya simple. Tapi sebab cara fikir salah, kalian terus menangguh! Alangkah ruginya. Nak bermula tapi tak tahu bagaimana, bagi yang memerlukan bantuan dan bimbingan, saya sarankan sertai saya dalam Misi Ubah.  Detail Misi Ubah - https://go.my/misiubah

4 Tips Atasi Putus Asa

 PUTUS ASA DALAM USAHA NAK KURUS. Kadang kala hilang arah tuju. Jenuhnya duk nak turunkan berat badan. Turun 1kg naik 2kg.  Sampai bila nak struggle macam ni?  Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit runggutan. Usaha nak turunkan berat badan turun naik dan mereka seolah letih.  Sebagai insan yang dah lalui fasa itu saya sebenarnya faham sangat apa yang mereka lalui. 65kg yang saya berjaya singkir bukanlah sempurna kilo demi kilo. Perjalanan setahun yang saya lalui penuh naik turun dan ada masanya perkataan JENUH keluar juga. Mana tidaknya, kita melanggar kebiasaan kita sendiri. Makan bertambah, makan ikut suka, semua kita tinggalkan dengan persempadanan baru. Proses ini paling susah dan mencabar. Nafsu nak makan benda lain, nafsu nak makan banyak tapi kita kena pilih yang lain demi mengatur balik kesihatan dan tubuh kita.  Cuma dalam jenuh, dalam mencabar saya berjaya. Bukan saya seorang,

Obesiti Adalah Masalah

 OBESITI ADALAH MASALAH. DAN MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Ramai yang obesiti tapi beranggapan ianya tidak membahayakan. Malah ada yang cakap tak apa gemuk asal sihat.  Masalahnya obesiti mudah dilihat dengan mata kasar, tapi keburukan dari obesiti seperti diabetes dan penyakit darah tinggi hanya akan dikesan bila keadaan kesihatan bertambah teruk. Lagi membimbangkan, tiba tiba sahaja buah pinggang serta organ dalaman boleh rosak disebabkan obesiti terlalu lama.  Ingat, obesiti adalah penyumbang kepada penyakit penyakit kronik yang membawa maut. Berapa besar sebenarnya masalah obesiti di Malaysia?  1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia adalah Obesiti. (Rujukan) https://www.sinarharian.com.my/article/24891/SISIPAN/Sinar-Aktif/Isu-obesiti-Malaysia  Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia mengalami obesiti. (Rujukan) https://m.utusan.com.my/rencana/

Senarai Semak Harian Untuk Turunkan Berat Badan

  SENARAI SEMAK HARIAN BAGI MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Bagi mereka yang obesiti dan baru nak bermula. Berikut adalah senarai semak yang kalian kena usahakan buat.  Inilah Fasa pertama saya hilang 65kg! Ianya satu proses yang tidak menekan sangat, sebab kata kuncinya ialah perlahan lahan.  Jika kalian berat 100kg keatas, amalkan senarai ini untuk 1-3 bulan pertama. Percayalah fasa seterusnya akan terjadi dengan sendirinya. Jika ada dalam diri prinsip TAMBAH BAIK DIRI SETIAP MASA.  Cuma dalam misi nak mencapai apa pun kejayaan, KONSISTENSI amat penting. Jika kalian buat semua senarai semak diatas selama 2,3 hari dan akhirnya kembali ke tabiat asal, jangan mimpi nak berjaya.  Fokus dan konsistenlah. Itu kunci kejayaan sebenar. Perlukan team dan pemantauan selama minima 12 bulan untuk kekal fokus dan konsisten? Jom sertai Misi Ubah. Detailnya di https://go.my/misiubah

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama